Skip to playerSkip to main content
Isu nasional termasuk perkembangan berkaitan pelaksanaan tahanan di rumah membabitkan Datuk Seri Najib Razak tidak dilihat menjejaskan momentum kempen Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka, apabila pengundi lebih mengutamakan pemilihan calon dan masa depan pembangunan negeri.
#PRNMelaka #MelakaMemilih
Transcript
00:00Isu nasional termasuk perkembangan berkaitan pelaksanaan tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menjejaskan momentum
00:10kempen Barisan Nasional pada pilihan raya negeri Melaka.
00:14Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairi Jamaluddin berkata, pengundi lebih memberi perhatian kepada pemilihan calon serta keupayaan kerajaan negeri membawa pembangunan
00:24dan menjaga kesejahteraan rakyat.
00:28Saya dah dua hari dekat Melaka ni, pengundi Melaka buat keputusan berdasarkan kepada masa depan negeri Melaka dan mereka mengambil
00:38maklum tentang apa yang sedang berlaku di pingkat nasional.
00:40Berita nasional tu orang Melaka tahu tetapi yang lebih penting bagi mereka adalah untuk memilih calon dan juga pentadbiran kerajaan
00:49negeri yang boleh membangunkan negeri Melaka dan menjaga kesejahteraan dan juga kebajikan orang Melaka.
00:55Beliau berkata demikian selepas menyertai program Jom Jogging bersama KJ di sawah Teluk Rimba Sungai Rambai pada Ahad.
01:03Mengulas sambutan sepanjang kempen, Khairi berkata beliau melihat perkembangan positif hasil aktiviti turun padang bersama calon-calon BN di beberapa
01:12kawasan.
01:13Dan saya nampak setakat ini, insyaAllah setakat ini penerimaan sangat baik. Saya pagi ini bersama dengan saudara Jazli Pit, calon
01:22kita untuk Sungai Rambai.
01:26Sama dengan Dr. Akmal juga calon kita untuk Dun Melimau. Sambutan sangat baik. Semalam pun di empat kawasan Dewan Nangan
01:33Negeri, sambutan Alhamdulillah.
01:35Alhamdulillah. Jadi kita kekalkan momentum ini, terus mendampingi pengundi. Kita jangan pedulikan sangat isu nasional.
01:42Ada masa ke semasa kita akan bagi penjelasan. Contohnya apa yang sedang berlaku, kes Datuk Seri Najib dan sebagainya.
01:50Tetapi saya nampaklah orang Melaka dia lebih pentingkan soal masa depan negeri melalui PRN ini.
01:56Jelasnya perkembangan berkaitan kes Datuk Seri Najib Razak tidak harus mengalih perhatian daripada perkara lebih penting iaitu masa depan negeri
02:05Melaka.

Recommended