00:00Irak mendedahkan bahawa Amerika Syarikat meminta Baghdad menutup semua laluan sempadan dengan Iran kecuali dua pintu masuk sebagai sebahagian daripada
00:08usaha meningkatkan tekanan ekonomi terhadap Teheran.
00:11Menteri Luar Irak Fuad Hussein berkata carangan itu dikemukakan oleh Jabatan Perbendaharan Amerika Syarikat.
00:20Katanya Washington mahu satu lintasan di wilayah Kurdistan, Irak dan satu lagi di kawasan lain negara itu kekal dibuka.
00:27Namun lokasi kedua-dua pintu sempadan tersebut masih belum diputuskan.
00:32Jelasnya penutupan sempadan mungkin memberi kesan kepada Iran tetapi pada masa yang sama akan turut menjejaskan ekonomi Irak.
00:40Langkah tersebut berisiko menghentikan aktiviti perdagangan dan pergerakan rentas sempadan yang menjadi nadi hubungan ekonomi antara kedua-dua negara.
00:48Tambahnya Irak ketika ini masih meneruskan rundingan dengan pihak Amerika Syarikat berhubung perkara itu.
00:54Dalam perkembangan berkaitan, Komando Pusat Amerika Syarikat, Sankom, mengumumkan penubuhan satu pasukan khas bagi menyekat penggunaan laluan darat oleh Iran
01:03untuk memindahkan senjata dan peralatan ketenteraan.
01:06Jelas Fuad Irak kehilangan kira-kira $60 bilion Amerika Syarikat apabila ekspor minyak negara itu terjejas selama hampir empat bulan
01:15akibat gangguan di Selahormus.
01:16Beliau turut memberi amaran bahawa ketegangan ketenteraan di rantau itu masih berisiko memuncak semula dalam tempoh terdekat.