Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Pemimpin Parti Demokrat membincangkan pendekatan baharu berdepan pentadbiran Donald Trump selepas kemenangan dalam Pilihan Raya Pertengahan Penggal, termasuk isu kepimpinan dan kerjasama dengan White House.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pemimpin kanan parti Demokrat mula merangka pendekatan baru dalam menghadapi pentadbiran Presiden Donald Trump
00:05susulan kejayaan parti itu dalam pilihan raya pertengahan penggal.
00:09Ketua Demokrat di Dewan Perwakilan, Hakim Jeffries berkata,
00:13keputusan pilihan raya tersebut menunjukkan penolakan pengundi terhadap fama ekstrim Make America Great Again atau MAGA.
00:21Menurutnya sehingga kini tiada sebarang komunikasi daripada Trump sejak keputusan pilihan raya diumumkan.
00:27Jeffries turut mengkritik keputusan Trump melantik Stephen Miller sebagai ketua kaki tangan White House.
00:33Beliau menegaskan bahawa Demokrat tidak akan bekerjasama dengan Miller dan akan terus menentang dasar yang diperkenalkan oleh pentadbiran semasa.
00:40Sementara itu, senator terpilih dari Michigan Abdul El-Said berkata,
00:44beliau bersedia bertemu Trump sekiranya ia dapat membantu memperjuangkan agenda yang memberi manfaat kepada rakyat termasuk peluasan akses penjagaan kesihatan.
00:53Bagaimanapun, El-Said enggan menyatakan sokongan secara terbuka terhadap senator Chuck Schumer untuk terus memimpin Demokrat di Senat.
01:01Sebaliknya, beliau menegaskan kepimpinan parti perlu bergerak lebih pantas dalam melaksanakan mandat yang diberikan pengundi.
01:09Keputusan pilihan raya minggu lalu menyaksikan Demokrat mencatat beberapa kemenangan penting
01:13sekaligus meningkatkan pengaruh parti itu dalam landscape politik AS.

Recommended