Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
APM menggerakkan 10 anggota untuk pemantauan dan membantu penduduk selepas 18 rumah di Mukim Serdang dan Relau terjejas banjir. Sungai Punti berada pada paras bahaya, manakala Sungai Semambu pada tahap waspada setakat laporan malam Selasa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebanyak 18 rumah di 6 kampung di Bandar Baru Kedah terjejas akibat banjir, susulan hujan berterusan melebihi 2 jam pada
00:07petang selasa.
00:094 rumah terlibat terletak di Mukim Serdang, manakala 14 lagi di Mukim Relau.
00:14Sekretariat Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baru, Lieutenant Pertahanan Awam Abdul Rahim Khairuddin berkata,
00:20kawasan terjejas di Mukim Serdang ialah kampung Sungai Punti dan kampung Batu 16 Lombong A.
00:26Di Mukim Relau pula, banjir membabitkan Kampung Payah Semambu, Kampung Tengah Relau, Kampung Kilang Batu dan Kampung Padang.
00:34Seramai 10 anggota Angkatan Pertahanan Awam EPM digerakkan untuk memantau kawasan berisiko dan paras air sungai utama,
00:41selain membantu penduduk memindahkan barangan ke tempat lebih tinggi.
00:44Menurut Abdul Rahim, Sungai Punti di Mukim Serdang berada pada paras berbahaya,
00:49manakala Sungai Semambu di Mukim Relau pada tahap waspada.
00:52Penduduk di kawasan berisiko dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Recommended