00:00Malaysia mencadangkan bateri kenderaan elektrik EV yang tamat digunakan pada kenderaan dimanfaatkan semula sebagai sistem penyimpanan tenaga untuk membekalkan elektrik
00:09kepada komuniti kurang mendapat akses.
00:11Cadangan itu menyasarkan penduduk luar bandar penempatan orang asli dan kemudahan kesihatan agar turut menikmati manfaat ekonomi kitaran.
00:22Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Korming berkata inisiatif dikenali sebagai dividen ekuiti kitaran itu antara tiga penyelesaian yang dikemukakan
00:31Malaysia pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, KOP 31.
00:36Beliau menyampaikan cadangan berkenaan ketika berucap di Pavilion Malaysia di Antalya, Turki bagi mempercepat pelaksanaan ekonomi kitaran dan agenda sifar
00:46sisa.
00:46Dua lagi cadangan melibatkan pelaksanaan pasport bahan digital secara mandatory dan pembiayaan pihak berkuasa tepatan berasaskan prestasi alam sekitar.
00:56Pasport bahan digital membolehkan komposisi, kitar hayat dan potensi penggunaan semula bahan di jejak supaya sumber bernilai seperti litium dan
01:04tembaga dapat diperoleh semula.
01:07Sementara itu, geran kitaran berasaskan prestasi dan bon peralihan pihak berkuasa tepatan dicarangkan bagi menggantikan sistem fee pelupusan sisa konvensional.
01:17Menerusi pendekatan tersebut, insentif keuangan diberikan berdasarkan pencapaian seperti peningkatan kitar semula, pengurangan sisa ketabat pelupusan dan pengurangan pelepasan metana.
01:28Korming berkata Malaysia menjana 14.5 juta tan metrik sisa pepejal perbandaran pada 2024 dengan lebih 2 bilion ringgit dibelanjakan
01:38setiap tahun untuk pengurusan sisa.
01:41Negara menyasarkan kadar kita semula 40% dan pengalihan 53% sisa daripada tapak pelupusan menjelang 2035.
01:50Terima kasih telah menonton!