Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Prof. Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid dari Business School menyifatkan penyederhanaan ekonomi sebagai proses normalisasi, bukannya kemerosotan, susulan kesan pembelian awal eksport yang semakin reda dan cabaran perdagangan global.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, kita mulakan niagawani dengan laporan berikut.
00:02Ekonomi Malaysia diujurkan berkembang antara 4.8 hingga 5% pada suku keempat 2026
00:09dengan pertumbuhan tahunan sekitar 5.3 hingga 5.4%.
00:14Menurut penganalisis ekonomi Uni KL Business School, Prof. Madhya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid,
00:20unjuran itu mengambil kira kesan asas tinggi penyederhanaan ekspor dan normalisasi pertumbuhan ekonomi.
00:29Suku keempat tahun lepas yang kita bandingkan sudah pun tinggi.
00:32Jadi sukar untuk kita mencetakkan pertumbuhan yang lebih tinggi.
00:39Kedua, frontloading terutamanya ekspor dan sebagainya sudah reda.
00:44Bagi saya banyak ekspor pada suku kedua dan ketiga berlaku kerana pembeli-pembeli di bank syarikat misalnya
00:52dan dunia membeli awal, terutamanya semikon data kita, barang E&E kita sebelum tarif.
00:58Jadi kesan itu tidak akan berulang pada keadaan yang sama pada suku keempat.
01:04Beliau turut menjelaskan bahawa pertumbuhan KDNK sebanyak 6% pada suku kedua merupakan pencapaian luar biasa.
01:11Manakala anggaran pertumbuhan 5.3% pada suku ketiga mencerminkan proses normalisasi ekonomi.
01:19Sehubungan itu, penyederhanaan pertumbuhan pada suku keempat tidak semestinya menggambarkan kemerosotan ekonomi
01:26sebaliknya peralihan kepada kadar pertumbuhan yang lebih realistik dan mampan.
01:31Beliau menegaskan bahawa perkembangan berkenaan perlu dinilai berdasarkan faktor asas ekonomi
01:37dan perubahan corak perdagangan global, bukannya semata-mata perbandingan kadar pertumbuhan antara suku tahun.

Recommended