Skip to playerSkip to main content
  • 20 minutes ago
Vladimir Putin, Xi Jinping dan Donald Trump dijangka mengadakan pertemuan tiga hala di Shenzhen sempena Sidang Kemuncak APEC. Antara isu yang dijangka dibincangkan ialah Ukraine, Iran, senjata nuklear dan kecerdasan buatan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tiga pemimpin paling berpengaruh dunia dijangka mengadakan pertemuan tiga hal yang minggu depan sempena sidang kemuncak AIPAC di Shenzhen, China.
00:08Menurut laporan media Rusia, Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden China Xi Jinping dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan bertemu
00:17pada 19 November.
00:21Pertemuan itu dijangka memberi tumpuan kepada beberapa isu antarabangsa yang sedang menjadi perhatian dunia.
00:27antaranya konflik Rusia-Ukraine, ketegangan di Asia Barat melibatkan Iran, isu senjata nuklear dan pembangunan kecerdasan buatan.
00:36Penganalisis melihat pertemuan tersebut sebagai antara acara diplomatik paling penting tahun ini, mandangkan ia menghimpunkan tiga kuasa besar dunia.
00:44Malah terdapat pemerhati yang membandingkan pertemuan itu dengan persidangan Yalta pada tahun 1945 yang membentuk landscape geopolitik dunia selepas Perang
00:55Dunia Kedua.
00:55Sekiranya berlangsung, ia akan menjadi satu lagi siri diplomasi berprofil tinggi yang melibatkan Presiden Trump selepas beberapa pertemuan sebelum ini
01:05dengan Putin dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.
01:08Namun, pertemuan-pertemuan terdahulu tidak menghasilkan sebarang penyelesaian besar terhadap isu-isu yang dibincangkan.
01:16Perhatian dunia kini tertumpu kepada sama ada sidang tiga hala di Shenzhen mampu membuka ruang kepada penyelesaian baharu bagi beberapa
01:24konflik dan cabaran global yang berlarutan.
01:26Terima kasih telah menonton!

Recommended