Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Menteri-menteri Luar ASEAN mahu mempercepatkan pengoperasian Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Kawalan Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan susulan kebimbangan terhadap pencemaran udara serius yang kembali menjejaskan beberapa negara di Asia Tenggara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Menteri-Menteri Luar ASEAN mahu mempercepatkan pengoperasian pusat penyelarasan ASEAN bagi kawalan pencemaran jerubu rentas sempadan, susulan kebimbangan terhadap pencemaran
00:10udara yang serius, kembali menjejaskan beberapa negara di Asia Tenggara.
00:15Perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Pasai City, Filipina pada Sabtu, dengan tumpuan kepada keperluan memperkukuh
00:21tindakan bersama dalam menangani kebakaran hutan dan tanah yang menjadi punca jerubu rentas sempadan.
00:29Setiausaha Luar Filipina, Teresa Lazaro berkata, Indonesia dalam mesyuarat itu memaklumkan bahawa negara berkenaan sedang mengambil tindakan serta mengembling usaha
00:38bagi menangani isu pencemaran jerubu.
00:41Menurutnya, Singapura dan Malaysia telah memberikan maklum balas positif terhadap penjelasan yang disampaikan Indonesia berhubung langkah menangani masalah berkenaan.
00:50Perbincangan itu katanya turut menyentuh tindakan yang sedang dilaksanakan di peringkat nasional serta kerjasama serantau bagi mengurangkan risiko kebakaran hutan
00:59dan tanah.
01:00Sebelum ini, kebakaran hutan berskala besar di Indonesia mencetuskan pencemaran jerubu yang turut merebak ke beberapa negara jiran, termasuk Filipina,
01:08sehingga menyebabkan pembatalan sesi persekolahan di beberapa kawasan pada separuh kedua tahun ini.
01:13ASEAN menerima pakai perjanjian mengenai pencemaran jerubu rontas sempadan pada 2002 bagi mencegah dan memantau pencemaran udara akibat kebakaran hutan
01:24serta tanah.
01:25Menerusi perjanjian itu, ASEAN turut diberi mandat menubuhkan Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Kawalan Pencemaran Jerubu Rontas Sempadan ACCTHPC bagi menyelaras
01:37usaha menangani kesan pencemaran berkenaan.

Recommended