Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
ASEAN tidak boleh bergantung kepada segelintir syarikat teknologi global dalam menentukan hala tuju pembangunan kecerdasan buatan (AI), sebaliknya perlu membina keupayaan teknologi sendiri serta memperkukuh perlindungan kedaulatan data.
Transcript
00:00ASEAN tidak boleh bergantung kepada segelintir syarikat teknologi global dalam menentukan hala tujuh pembangunan kecerdasan buatan AI, sebaliknya perlu membina
00:09keupayaan teknologi sendiri serta memperkukuh pelindungan kedaulatan data.
00:13Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembangunan dan takbir urus AI di rantau ini tidak seharusnya ditentukan semata-mata
00:21kepentingan komersial beberapa syarikat teknologi global.
00:25Perdana Menteri berkata merealisasikan wawasan komuniti ASEAN 2045 memerlukan pelaksanaan yang bersungguh-sungguh dan berkesan, termasuk memperkukuh integrasi ekonomi, membina
00:36asas institusi yang mantap, serta memastikan pertumbuhan mampan memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat.
00:43Beliau berkata perkembangan pesat kecerdasan buatan AI yang semakin mempengaruhi langskap ekonomi dan keselamatan global juga.
00:51Menuntut ASEAN memastikan pembangunan serta takbir urus teknologi itu tidak ditentukan oleh kepentingan komersial segelintir syarikat teknologi global.
01:01Sehubungan itu katanya, negara anggota perlu memperkukuh keubayaan teknologi secara kolektif, melindungi kedaulatan data, serta mewujudkan kerangka takbir urus yang
01:10mantap bagi menjamin ketelusan dan akauntabiliti.
01:13Dalam hal itu, Anwar menyambut baik pementerian Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN, DIFA, yang disasarkan meningkatkan nilai ekonomi digital
01:22rantau ini kepada 2 triliun dolar Amerika atau kira-kira 8.2 triliun ringgit menjelang 2030.
01:29Menurutnya, kerjasama berkenaan perlu dimanfaatkan untuk memperkukuh keupayaan digital ASEAN termasuk memastikan negara anggota mempunyai peranan lebih besar dalam menentukan
01:39hala tujuh pembangunan teknologi di rantau ini.
01:41Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada sesi Plano Sidang Kemunca ASEAN ke-49 di Manila, Filipina pada Ahad.

Recommended