Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Pihak berkuasa Hungary merampas wang tunai bernilai hampir AS$20 juta di tengah-tengah siasatan rasuah membabitkan bekas Menteri Pembangunan, Miklos Sesztak, yang pernah berkhidmat di bawah pentadbiran Viktor Orban. Sebahagian wang tunai itu ditemukan ditanam di kawasan hutan, selain disembunyikan di bangunan ladang dan gudang.
Transcript
00:00Pihak berkuasa Hungary merampas wang tunai bernilai hampir 20 juta dolar Amerika ketika siasatan rasuah yang sedang berlangsung melibatkan bekas
00:09Menteri Pembangunan, Miklos Zestak.
00:12Sebagian wang tunai itu ditemukan ditanam di kawasan hutan, manakala selebihnya disembunyikan di sebuah bangunan ladang dan gudang.
00:22Menurut Menteri Keuangan Andras Karman, kesemua wang tunai itu mengambil masa 8 jam untuk dikira.
00:28Proses pengiraan melibatkan 12 kaki tangan perbendaharaan negara dengan menggunakan 5 mesin pengira wang.
00:35Zestak yang berkhidmat sebagai Menteri Pembangunan antara 2014 hingga 2018 menafikan sebarang salah laku.
00:43Peguamnya Gabor Pab pada mulanya tidak memberikan maklum balas terhadap permintaan ulasan menerusi email berhubung kenyataan Pejabat Pemulihan Aset.
00:51Pab memaklumkan portal berita tempatan bahawa wang tunai yang dirampas bukan milik Sestak, selain menjelaskan siasatan rasuah itu turut melibatkan
00:59suspek lain.
01:01Operasi berkenaan merupakan sebahagian daripada kempen membantras rasuah yang dinamakan Operasi Purgatory oleh Perdana Menteri Peter Mega.
01:09Mega menyifatkan rampasan itu sebagai petanda berakhirnya apa yang didakwa sebagai rangkaian mafia di bawah parti Fidesz pimpinan Victor Orban
01:20dan sekutunya sepanjang 16 tahun pemerintahan.
01:24Magar menamatkan pemerintahan Orban selepas memenangi pilihan raya pada April lalu dengan berjanji untuk memulihkan hubungan Hungary dengan Kesatuan Eropah
01:33serta melancarkan usaha besar-besaran membantras rasuah.

Recommended