Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Cadangan rasionalisasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Tawau tidak seharusnya membawa kepada penutupan operasi kampus itu.

Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kepentingan UiTM Tawau perlu dinilai melangkaui faktor jumlah kemasukan pelajar semasa, sebaliknya turut mengambil kira tanggungjawab sosial kerajaan dalam menyediakan akses pendidikan tinggi di kawasan Pantai Timur Sabah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Cadangan rasionalisasi Universiti Teknologi Mara UITM cawangan kampus Tawau tidak seharusnya membawa kepada penutupan operasi kampus itu.
00:11Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kepentingan UITM Tawau perlu dinilai melangkaui faktor jumlah kemasukan pelajar semasa,
00:21sebaliknya turut mengambil kira tanggungjawab sosial kerajaan dalam menyediakan akses pendidikan tinggi di kawasan pantai Timur Sabah.
00:31Katanya kosnya tinggi perlu ditanggung pelajar sekiranya mereka terpaksa melanjutkan pengajian di luar kawasan itu,
00:37sekaligus menjadikan keberadaan kampus berkenaan penting kepada masyarakat setempat.
00:41Beliau berkata antara langkah yang boleh dipertimbangkan termasuk meneliti semula kursus yang ditawarkan bagi meningkatkan kemasukan pelajar.
00:48Jadi kita fikir perlu dipertahankan UITM, rasionalisasi perlu tetapi tidak sehingga menyebabkan ditutup operasi UITM Tawau.
01:01Carilah kaedah dan saya juga akan bersama-sama dengan Ahli Parlimen GRS untuk mendapatkan maklumat sebenar daripada KPT.
01:12Beliau berpegang kepada komitmen Menteri Pendidikan Tinggi di Parlimen pada 11 November lalu,
01:17proses rasionalisasi yang sedang dilaksanakan tidak melibatkan penutupan mana-mana kampus.
01:22Selain itu jelasnya, beliau bersama wakil GRS akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Kementerian Pendidikan Tinggi
01:28berhubung isu yang mendorong kajian rasionalisasi berkenaan.

Recommended