Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan bedah siasat awal minggu ini susulan keputusan PRN Melaka Ke-16 bagi mengenal pasti kelemahan serta aspek yang perlu ditambah baik. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, antara perkara yang akan diteliti termasuk kesiapsiagaan jentera pilihan raya, persediaan calon serta pola pengundian anak muda.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Majlis Setiausaha Pakatan Harapan PH dijadwalkan bermasyarakat minggu ini bagi menjalankan pos motem awal susulan keputusan pilihan raya negeri PRN
00:08Melaka ke-16.
00:10Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadil berkata, PH mengambil iktibar daripada keputusan pilihan raya berkenaan dan akan meneliti beberapa
00:18perkara yang mungkin memerlukan perubahan, rombakan serta penambahbaikan.
00:22Ini satu pengalaman, kita mengambil iktibar, bermuhasabah atas apa yang berlaku.
00:34Pihak parti akan melakukan pos motem untuk mengenalpasti apa aspek yang perlu kita rombak.
00:45Ada yang memberi pandangan awal mengenai tahap kesediaan jentera di lapangan terutama di kawasan-kawasan luar bandar.
00:57Bagi keadilan, di kawasan-kawasan bandar biasanya jentera lebih kukuh dan lebih bersedia.
01:05Tapi bagi kerusi-kerusi, bagi parti keadilan rakyat, mungkin isu dari segi jentera dan tahap kesiap-siagaan, kesediaan calon untuk
01:18mendepani kempen, untuk melaksanakan kempen.
01:24Jadi ada beberapa perkara yang akan diteliti.
01:26InsyaAllah minggu ini Majlis Setiausaha Pakatan Harapan akan bermesuara untuk mengadakan pos motem awal.
01:33Fahmi yang juga juru cakap Kerajaan Perpaduan berkata PH akan meneliti pola pengundian dalam kalangan anak muda serta kadar keluar
01:39mengundi yang lebih rendah berbanding pilihan raya umum PRU 2022.
01:43Mengulas mengenai persediaan menghadapi pilihan raya akan datang termasuk PRN Sarawak, Fahmi berkata situasi di negeri itu berbeza namun PH
01:51tetap akan mengambil pengajaran daripada keputusan di Melaka.
01:54Beliau berkata demikian selepas menghadiri sidang media projek rinti Sistem Keselamatan Warga Emas di Ibu Negara pada Ahad.

Recommended