00:00Puan-Pertua, Kerajaan komited dalam memastikan sekolah khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman
00:05menikmati capaian internet yang stabil dan berkualiti bagi menyokong agenda pendidikan digital negara.
00:12Dalam hubungan ini, kejayaan pembangunan infrastruktur digital bukan hanya diukur berdasarkan capaian kadar liputan
00:18malah turut mengambil kira kualiti perkhidmatan yang dinikmati oleh pengguna, termasuk warga sekolah.
00:24Untuk makluman Alia Mohd, berdasarkan data semasa dari 10,259 buah sekolah di seluruh negara bawah Kementerian Pendidikan,
00:35sebanyak 10,207 telah mempunyai liputan rangkaian 4G bersamaan dengan 99.5% kadar liputan kawasan berpenduduk.
00:45Kerajaan melalui MCMC akan terus memantau dan memperkukuh penyediaan infrastruktur komunikasi
00:51bagi memastikan bagi sekolah yang belum mendapat liputan turut diberi perhatian ke arah mencapai kesaling hubungan digital yang menyeluruh.
00:59Bagi memastikan objektif ini tercapai, Kementerian Komunikasi memberi tumpuan kepada tiga aspek utama.
01:05Pertama, pembangunan infrastruktur digital, yang mana Kementerian Komunikasi melalui MCMC sedang melaksanakan projek jendela kumpulan 1
01:13secara berperingkat mulai November ini sekarang, melibatkan pembangunan seribu tapak di seluruh negara, termasuk 12 tapak di negeri Johor.
01:22Pelaksanaan jendela 2 tidak dikhususkan kepada penyediaan capaian internet di sekolah,
01:27sebaliknya memberi keutamaan kepada kawasan berpenduduk, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman yang masih belum mendapat liputan komunikasi.
01:35Pemilihan teknologi bersesuaian atau fit for purpose mengambil kira faktor kepadatan penduduk, bentuk muka bumi serta ketersediaan infrastruktur sedia ada.
01:46Bagi penyediaan infrastruktur gentian optik berhampiran sekolah pula, Kementerian Komunikasi melaksanakan projek Point of Presence ataupun POP
01:53dengan kos keseluruhan RM4.6 bilion.
01:57Infrastruktur ini bukan hanya menyokong keperluan sekolah, malah turut memanfaatkan premis kerajaan, kediaman dan komuniti setempat
02:05dalam lingkungan radius 2.5 hingga 3 km dengan tawaran kelajuan sehingga 1 gbps.
02:12Hingga November ini, status pelaksanaan projek POP adalah seperti berikut.
02:17Fasa 1, semua 677 lokasi telah siap sepenuhnya termasuk 630 lokasi berhampiran sekolah
02:25dan fasa 2 sebanyak 99.07% iaitu 2,985 dari 3,013 lokasi yang berhampiran sekolah telah siap
02:37manakala bakinya dijangka siap sepenuhnya pada 31 Disember ini.
02:42Kedua, pembahagian tanggungjawab antara Kementerian Komunikasi dengan KPM.
02:46Dalam aspek pembahagian tanggungjawab, Kementerian Komunikasi dan KPM memainkan peranan yang saling melengkapi.
02:53Kementerian Komunikasi bertanggungjawab menyediakan infrastruktur komunikasi berkelajuan tinggi
02:57manakala urusan perolehan dan langganan perkhidmatan internet di sekolah diuruskan sepenuhnya oleh KPM.
03:03Kami hanya boleh sediakan internet sampai ke pagar sekolah tapi dalam kawasan sekolah
03:08terpulang kepada pihak sekolah dan pihak KPM untuk memilih.
03:12Tapi melalui inisiatif POP ini, kami telah menyediakan internet yang sangat-sangat berpatutan, Puan Ibu Tua,
03:201,000 Mbps ataupun 1 Gbps pada harga serendah RM49 sebulan.
03:26Tapi kenapa sekiranya sesuatu sekolah itu mengambil ataupun tidak, itu bukan hak Kementerian Komunikasi untuk menjawabnya.
03:38Terima kasih telah menonton!