Ban Bukit Changgang: Beri ruang JPS lakukan penambahbaikan - Aiman Athirah

Kerja pembaikan ban yang pecah di Bukit Changgang selesai pada jam 3 petang pada Khamis, manakala kerja menambah tanah masih dilaksanakan bagi memperkukuh struktur berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury dan juruvideo, Yusrizal Yusuf.

Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang menjalankan kerja penambahbaikan di kawasan ban berkenaan susulan masalah struktur yang terjejas akibat hentaman arus deras.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806378/edisi/selangor-kl/ban-bukit-changgang-beri-ruang-jps-lakukan-penambahbaikan---aiman-athirah

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #RTBBukitChanggang
Transcript
00:00Hari ini kita sebenarnya bagi tumpuan kepada keselamatan dan keselesaan para mangsa yang berada di PPS
00:06untuk memastikan semua kecukupan dan perbincangan bersama-sama dengan agensi-agensi yang sama ada peringkat
00:13termasuklah JKM dan juga pihak guru besar sendiri sebab sekolah ini daripada SKRTB Bukit Canggang
00:20kalau ada apa lagi lah yang mungkin kita perlu beri perhatian
00:24ada pun aktiviti-aktiviti untuk memastikan anak-anak kita dapat terus dijaga kesihatan mentalnya
00:34dapat terus sentiasa bersemangat ibu-ibunya semua itu kita beri perhatian yang itulah
00:39dan di sudut saya akan sekejap lagi pergi ke tempat ban yang pecah itu
00:45tapi semua kerja-kerja membaikan sudah pun diselesaikan pada pukul 3 petang malam tadi
00:50dan sekarang kita masih peringkat top up seperti mana yang semua tahu
00:56pembangunan konkret, ban konkret memang sudah pun mengambil tempat sebenarnya
01:00satu tapak kukul, satu tapak lagi yang bermasalah sebab hentaman daripada arus deras yang kuat itu
01:06tapi itu tak apalah kita bagi Jabatan Pengairan dan Selairan sedang melakukan kerja-kerja penambahbaikan
01:11yang paling penting kita di peringkat bomba saya telah pun meminta
01:16Zon 5 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Zon 5 bersiap sedia
01:21dalam keadaan apapun pastikan tenaga kita cukup, peralatan kita cukup
01:26dengan bekerjasama dengan semua agensi-agensi sama ada pantas ke APM ke kan
01:31dan apa-apa kekurangan lagi dimaklumkan kepada saya dengan kadar segera
01:35supaya kita boleh menyelaras bantuan itu termasuk juga kepada pihak pejabat daerah Kuala Langat
01:40dan semua rakan-rakan yang terlibat
01:42sebagai ahli parlimen, saya memberikan perhatian yang tinggi kepada keadaan ini
01:47dan seperti mana yang semua maklum, saya juga telah pun membawa ke perhatian
01:51yang amat berhormat, Perdana Menteri
01:53tentang keperluan untuk kita menyegerakan
01:57apa ini kita panggil RTB Fasa 2, Pakej 3
02:00khusus untuk Kuala Langat
02:02dalam memperkukuhkan semua benteng-benteng laluan Sungai Langat lah
02:06insyaAllah, kita cuba yang terbaik
02:08faham, saya kalau saya lihat rekod berkaitan dengan band ini adalah bermula daripada tahun 2012
02:14dan dia menjadi lebih kronik itu pada selepas bandi besar
02:18Desember 2021
02:20saya masih ingat, masa saya bertanding di sini pun pada bulan November tak silap saya
02:25tahun 2022, masa saya datang kemari, kampung ini digenangi oleh akhir
02:30daripada situ saya melihat memang ini adalah perkara yang penting
02:34dan perlu diberi perhatian
02:35dan sepanjang proses saya berada di sini sebenarnya perkara itu diangkat
02:39dan baru bulan 6 yang lepas pun saya berjumpa dengan Menteri Petra, TPM kita
02:45dalam isu-isu yang berkaitan RTB
02:47RTB ini, rancangan tebatan banjir ini
02:51untuk fasa 1 pun sudah mengambil tempat, fasa 2 pun sudah mengambil tempat
02:55fasa 2 kita ada paket 1, paket 2 pun sudah mengambil tempat
02:58tinggal lagi yang saya perlu minta supaya diberi perhatian juga paket 3
03:03jadi benda ini proses
03:04saya cuma mengharapkan sama-sama kita berdoa
03:08sebab urusan yang di langit itu kita tak boleh nak kawal
03:11kita hanya boleh urusan yang ada di bumi
03:14dan itu pun dengan keizinan Allah Ta'ala
03:16kita sama-sama berdoa supaya mangsa pun juga berada dalam keadaan sehat walafiat
03:21dan agensi-agensi kita, semua pasukan-pasukan kita yang turut membantu juga dalam keadaan sehat walafiat
03:27tugas saya adalah memastikan penyelarasan sama-sama
03:30Paket 3 itu telah pun dimajukan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor
03:35dan telah pun dimohon dalam rolling planning pertama
03:40sebenarnya rancangan Malaysia ke-13
03:41tapi saya dipahamkan mungkin jumlah agak ini
03:44dan memerlukan libat urus lagi lah
03:47dan itu yang saya sedang meneruskan libat urus itu bersama dengan pasukan di peringkat kerajaan persekutuan
03:53insyaAllah
03:53itu komitmen saya insyaAllah
03:57cuma saya minta kepada semua teman-teman
04:00para penduduk dengar arahan pihak berkuasa
04:04jangan engkarlah
04:07sebab kita tak tahu apa lagi yang mungkin berlaku
04:09jadi dalam keadaan siap-siaga kita semua pun dengar arahan pihak berkuasa
04:14insyaAllah
04:14jaga keselamatan semua masing-masing
04:19selamat menikmati
04:20selamat menikmati

Recommended