• 23 minutes ago
Ketegangan antara Yaman dan Arab Saudi meningkat apabila kumpulan Houthi mengancam untuk menyerang pelabuhan Jeddah serta beberapa pelabuhan lain di pesisir Laut Merah susulan dakwaan serangan ke atas pelabuhan Ras Isa.
Transcript
00:00Selepas ini, kumpulan Houthi di Yaman mengancam untuk menyasarkan pelabuhan jedah dan semua pelabuhan lain milik Arab Saudi di sepanjang
00:08pantai Laut Merah, susulan dawaan serangan Riyadh terhadap pelabuhan Ras Isa di Yaman.
00:14Ancaman itu meningkatkan ketegangan antara kedua-dua pihak ketika sasaran serangan kini turut melibatkan kemudahan ekonomi dan infrastruktur pelabuhan.
00:26Televisyen Al-Masirah yang dikendalikan Houthi melaporkan serangan Arab Saudi menyasarkan pelabuhan Ras Isa di wilayah Hodidah, barat Yaman yang
00:35menjadi laluan utama import bahan api ke kawasan di bawah kawalan kumpulan itu.
00:40Sebelum serangan, Pakatan Tentera Pimpinan Arab Saudi mengeluarkan arahan supaya orang awam mengosongkan kawasan pelabuhan berkenaan atas faktor keselamatan.
00:48Sebagai tindak balas, Houthi menggesa pekerja serta penduduk di sekitar pelabuhan Arab Saudi di pesisir Laut Merah segera meninggalkan kawasan
00:57itu.
00:58Kumpulan berkenaan turut meminta syarikat perkapalan mengalihkan kapal masing-masing dari pelabuhan terbabit.
01:04Pelabuhan Ras Isa sebelum ini berfungsi sebagai terminal ekspor minyak mantas sebelum perang Yaman tercetus pada 2014.
01:11Kemudahan itu juga pernah menjadi sasaran serangan Amerika Syarikat pada April 2025 dan Israel pada Julai tahun yang sama.
01:19Terima kasih telah menonton!

Recommended