00:00Sekurang-kurangnya 10 mangsa maut, manakala lebih 110 yang lain cedera dalam satu letupan berhampiran sebuah sekolah di wilayah Kunar,
00:10Timur Afganistan.
00:11Kementerian Dalam Negeri Afganistan pada ahad memaklumkan siasatan awal mendapati letupan tercetus di kawasan penyimpanan bahan letupan milik syarikat pelombongan
00:21berhampiran sekolah di kawasan Andesir Asadabad.
00:25Insiden itu menyebabkan sebuah bilik darjah musnah sepenuhnya, manakala beberapa bilik darjah lain mengalami kerosakan apabila cermin tingkap pecah akibat
00:35letupan.
00:36Mangsa yang cedera termasuk pelajar dikejarkan ke hospital wilayah untuk mendapatkan rawatan dengan beberapa daripada mereka dilaporkan berada dalam keadaan
00:46kritikal.
00:47Kementerian Berkenaan percaya kejadian berpunca daripada kecuaian serta kegagalan mematuhi langkah keselamatan dalam pengendalian bahan letupan.
00:58Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian termasuk tahap keselamatan penyimpanan bahan letupan di kawasan berhampiran kemudahan awam.
01:08Wilayah Kunar merupakan antara kawasan utama perlombongan batu permata di Afganistan khususnya Turmalin dengan banyak operasi perlombongan menggunakan bom bagi
01:19menjalankan aktiviti mereka.