00:00Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesen Alor Gajah pada selasa atas tuduhan melakukan penderaan terhadap bayi mereka berusia dua bulan pada minggu lalu.
00:10Tertuduh Nur Khairun Nisa Jusni dan suaminya, Muhammad Nur Azim Abdullah masing-masing berusia 22 tahun bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Aizah Khairuddin.
00:23Sejurus dibacakan pertuduhan itu, Nur Khairun Nisa mengatakan tidak melakukan perbuatan itu namun mendakwa anaknya terjatuh selepas ditanya pihak Mahkamah.
00:34Berdasarkan pertuduhan, Operator Kilang dan Suri Rumah itu didakwa melakukan pengabayan terhadap bayi lelaki berusia dua bulan di Taman Seri Pelangi, Alor Gajah antara 2 Mei hingga 5 Mei lalu.
00:45Kedua-duanya dituduh mengikut Seksyen 31-1-A Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan Mahkamah menetapkan 12 Jun depan untuk sebutan semula kes.
00:59Sinar harian pada 6 Mei lalu melaporkan seorang bayi bertarung nyawa di Hospital Melaka akibat mengalami pendarahan dalam kepala, luka dan lebam selepas dipercayai didera.
01:10Menurut sumber, insiden menimpa bayi tunggal pasangan itu terbongkar selepas si ibu membawa anaknya ke Hospital Alor Gajah dengan mendakwa bayi tersebut mengalami sawan.