• 2 years ago
Kerajaan akan mengambil kira keadaan ekonomi semasa dalam membuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaan penyasaran semula subsidi petrol RON95.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan akan mengambil kira keadaan ekonomi semasa dalam membuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaan penyasaran semula subsidi petrol RON95.
00:08Timbalan Menteri Ekonomi, Dato' Hanifah Hajar Taib berkata, keputusan itu juga memerlukan pertimbangan teliti di peringkat jemaah menteri termasuk mengambil maklum balas daripada kementerian-kementerian berkaitan.
00:19Katanya apa yang dicadang akan dibentangkan di peringkat kabinet terlebih dahulu.
00:24Usaha itu kini dalam fasa akhir bagi merangka sistem penyasaran yang adil dan berkesan bagi memastikan pelaksanaannya mencapai objektif ditetapkan.
00:34Pada Mac lalu, Menteri Kewangan 2, Dato' Suri Amir Hamzah Azizan berkata, mekanisme pelaksanaan penyasaran itu sedang diperhalusi dan akan melibatkan harga dua peringkat dengan kemungkinan menggunakan sistem MyCard.
00:47Amir Hamzah berkata, kerajaan juga tidak mahu membuat sebarang pra-pengumuman mengenai pelaksanaannya pada masa ini dan dijangka mengumumkannya selepas tempoh separuh pertama 2025.
00:59Terima kasih kerana menonton!

Recommended