Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Amerika Syarikat dan Malaysia terus memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan demi menghadapi cabaran keselamatan serantau dan menjamin kestabilan Indo-Pasifik.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Penyertaan AS dalam pameran maritim dan aeroangkasa antarabangsa Langkawi 2025 menandakan pengukuhan kerjasama strategik bilateral dalam bidang pertahanan dan sektor komersial serantau.
00:12Duta Besar AS ke Malaysia, Edgar D. Kagan, menyatakan bahawa 525 memperlihatkan pengukuhan kerjasama pertahanan dan ekonomi antara dua negara serta komitmen bersama terhadap keselamatan serantau.
00:26Pameran yang berlangsung dari 20 hingga 24 Mei itu menyaksikan penyertaan menyeluruh AS termasuk anggota tentera dan wakil industri pertahanan.
00:37Beliau menegaskan bahawa kehadiran pesawat, kapal perang, syarikat serta inovator dari Amerika menggambarkan keterlibatan ketenteraan dan komersial yang kukuh di rantau ini.
00:48Kagan turut menyatakan bahawa AS berbangga untuk berdiri bersama Malaysia sebagai rakan kongsi, sahabat dan penyokong kepada Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.
01:00Beliau menambah bahawa kerjasama ini penting untuk membina rantau yang lebih selamat, kukuh dan makmur.
01:05Naib Laksamana Fred Ketcher, komanda armada ketujuh tentera laut AS menyatakan bahawa Malaysia kekal sebagai rakan utama Amerika di Indo-Pasifik.
01:15Beliau menegaskan bahawa latihan dan pertukaran tahunan yang dijalankan di darat dan laut memperkukuh kerjasama serta meningkatkan kesedaran terhadap domin maritim.
01:24Laksamana Madia Fred Goldhammer, komanda kumpulan serangan pengangkut 11 pula menyatakan bahawa penyertaan Amerika dalam 525 membuktikan keupayaan negara itu untuk beroperasi secara bersama dalam persekitaran maritim yang mencabar dan sentiasa berubah.
01:40Lebih 400 anggota tentera Amerika terlibat dalam pameran ini sekaligus menonjolkan hubungan pertahanannya erat serta sokongan terhadap kestabilan dan keselamatan rantau Asia Tenggara.

Recommended