Skip to playerSkip to main content
Polis tahan lelaki curi 42 kad akses TM bernilai RM168,000

Seorang lelaki disyaki terlibat dalam sindiket mencuri kad akses milik Telekom Malaysia (TM) di Melaka sejak Januari lalu ditahan awal pagi Isnin lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Mohamad Rusli Mat berkata, suspek diberkas anggota Unit Rondaan MPV Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin selepas kenderaan Toyota Wish yang dipandunya terbabas di bahu jalan berhampiran Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin, Kampung Kelubi, Kemendor.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729742/berita/semasa/polis-cekup-bekas-banduan-curi-kad-akses-tm-bernilai-rm168000

#SinarHarian #BeritaSemasa #kescuri #kadaksesTM #PDRM

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang lelaki disyaki terlibat dalam sindiket mencuri kad akses milik Telekom Malaysia TM di Melaka sejak Januari lalu, ditahan awal pagi Isnin lalu.
00:09Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Muhammad Rusli Mat berkata,
00:13suspek diberkas anggota unit rondaan MPV Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin selepas kenderaan Toyota Wish yang dipandunya terbabas di bahu jalan berhampiran Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zaha Isnin, Kampung Kelubi, Kemendung.
00:27Menurutnya, mengikut siasatan, suspek baharu dibebaskan dari penjara pada Januari lalu serta memiliki 30 rekod lampau, melibatkan 24 rekod jenayah dan 6 narkotik.
00:39Muhammad Rusli berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, anggotanya terserempak dengan kenderaan yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Kampung Simpang, Kerayong dan mengarahkannya berhenti, namun suspek berusia 44 tahun bertindak memecut ke arah Bandar Jasin.
00:55Jelasnya, semasa diekori sejauh kira-kira 5 km di Kampung Kelubi, kenderaan dipandu suspek terbabas di bahu jalan berdekatan Kolej Vokasional tersebut dan lelaki itu keluar dari kenderaan serta cuba melarikan diri sebelum ditangkap.
01:10Kata Muhammad Rusli, hasil pemeriksaan polis pada kenderaan suspek menemui 42 kad akses TM dianggarkan bernilai keseluruhan RM168,000, alat gerudi tanpa wayar berserta 2 bateri, alat pencanai grinder dan peralatan pecah rumah.
01:26Katanya, penangkapan itu menyelesaikan 11 kes berkaitan di seluruh Melaka, iaitu 7 di Melaka Tengah dan 2 kes masing-masing di Jasin dan Alor Gajah.
01:36Awal tahun ni lah, baru keluar penjara.
01:42Siasatan terhadap kereta, iaitu Toyota Wish, dalam sistem JPJ tidak ada rekor.
01:48Saya percaya ini adalah kereta yang menggunakan plate palsu dan boleh setakat ni kita percaya kereta ni ialah kereta klun.
01:57Kita akan siasat sama ada kereta ni ada bersangkut dengan curi di mana-mana tempat masih dalam siasatan.
02:02Ujian saringan air kencing, suspek juga dapat positif dadah jenis metapetamin.
02:10Dan modus operandi kes ini menggunakan peralatan tajam untuk memotong dan mencuri harta TM, iaitu akses kad.
02:17Terima kasih telah menonton!

Recommended