00:00Sapura Industrial Berhad memeterai kerjasama strategik dengan syarikat Cina Zhejiang Zhongzi Precision Technology bagi membina kilang pembuatan komponen bateri di Malaysia.
00:12Perjanjian ini dimeterai menerusi memorandum persefahaman yang ditandatangani pada Mac lalu.
00:19Menurut kenyataan syarikat, sebuah syarikat usaha sama akan ditubuhkan dalam tempoh 30 hari.
00:23Dengan anak syarikat milik penuh Sapura, SIB Ventures sedang berhad memegang 51% ekuiti manakala Zhejiang Zhongzi memiliki baki 49%.
00:34SIB Ventures akan mengurus aspek korporat, pematuhan peraturan dan pemilihan tapak manakala Zhejiang Zhongzi bakal menyumbang kepakaran teknikal, latihan serta pembekalan bahan dan peralatan.
00:47Kerjasama ini dilihat sebagai langkah strategik dalam memperluas penglibatan Sapura dalam sektor penyimpanan tenaga dan pembuatan bateri khususnya untuk pasaran ekspor.
00:57Ia juga dijangka membuka peluang pasaran baru serta mengukuhkan kedudukan Sapura sebagai rakan pertumbuhan yang dipercayai di rantau ini.
01:04Ia juga dijangka membuka peluang pasaran yang dipercayai di rantau ini.