Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Tun Dr Mahathir Mohamad tampil menyuarakan pandangannya secara sinis berhubung pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tuan Dr. Mahathir Mohamad menyuarakan pandangan secara sinis berhubung pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuluh Jaya SPRM.
00:09Bekas Perdana Menteri itu mendakwa pelantikan tersebut seolah-olah mencerminkan kecenderungan pihak berkuasa untuk hanya menyebelahi individu atau pihak yang menyokong kerajaan.
00:17Mungkin pasal dia pandai lah. Tapi pasal itu saya nak tengok lah. Nampaknya ada warna. Kalau warna itu tak disukai oleh kerajaan, Azam Baki tak pernah jumpa orang yang tak baik.
00:38Tapi kalau orang anti kerajaan, tak buat apa pun boleh didapati salah.
00:45Azam dilantik semula sebagai Ketua Pesuluh Jaya SPRM bagi tempoh setahun lagi berkuatkuasa 13 Mei lalu.
00:52Sebelum ini, Azam yang berusia 62 tahun sudah dua kali dilantik semula bagi memegang jawatan itu masing-masing selama setahun iaitu dari 12 Mei 2023 hingga 11 Mei 2024 dan dari 12 Mei 2024 hingga 12 Mei 2025.
01:07Beliau dilantik sebagai Ketua Pesuluh Jaya SPRM pada 9 Mac 2020 menggantikan Latifah Koya yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan subsection 5 dalam kurungan 3 Akta SPRM 2009.

Recommended