• 1 year ago
Jenazah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Muhammad Adib Hazim Halim yang paling awal tiba di kampung halamannya di Kampung Pasir Badak selamat dikebumikan sekitar jam 12.20 malam.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jenazah Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris Upsi Muhammad Adib Hazim Halim yang paling awal tiba di kampung halamannya di kampung Pasir Badak selamat dikebumikan sekitar jam 12.20 malam.
00:19Jenazah Muhammad Adib anak ke-6 daripada 7 adik-beradik tiba di Masjid Hadari jertih disolatkan oleh rakan dan jemaah masjid berkenaan pada jam 10.40 malam.
00:32Selesai solat di Masjid Berkenaan, jenazah dibawa ke Surau Kampung Pasir Badak untuk sekali lagi disolatkan oleh penduduk kampung, sanak saudara dan kenalan sekitar jam 11.20 malam.
00:44Ibu dan bapa Muhammad Adib diberi peluang untuk melihat jenazah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Kampung Pasir Badak untuk dikebumikan.
00:53Lebih 200 penduduk kampung mengiringi jenazah ke Tanah Perkuburan Berkenaan.
00:58Muhammad Adib merupakan antara 15 pelajar tahun 2 di Upsi yang terlibat dalam nahas di kilometer 53 Jalan Raya Timur Barat JRTB dekat Gerik awal pagi tadi dan anak ke-6 dari 7 adik-beradik.
01:14Sampai jumpa di video selanjutnya.
Comments

Recommended