00:00Dalam perkembangan sama, beberapa pemimpin kanan tentera Iran, termasuk Ketua Turus Angkatan Tentera dan saintis nuklear negara itu, dipercayai terkorban dalam serangan udara yang dilancarkan Israel awal pagi jemaat, menurut laporan media antarabangsa.
00:15Agensi Berita Iran Tasnim melaporkan dua saintis nuklear terkemuka, Muhammad Afmehdi Teheranchi dan Feredun Abasi turut terkorban dalam serangan tersebut.
00:25Tasnim dan akhbah Teheran Times juga melaporkan bahawa Komander Tertinggi Korp Pengawal Revolusi Islam IRGC, Major General Hussain Salami, terbunuh dalam serangan yang disasarkan ke atas Teheran.
00:40Salami dikatakan terbunuh dalam satu serangan udara di ibu negara Iran pada awal pagi jemaat.
00:45Beberapa laporan dan kebocoran maklumat daripada media Israel mendakwa bahawa serangan tersebut turut membunuh sejumlah besar Komander Tentera Kanan, Akademik Terkemuka serta saintis nuklear Iran.
00:58Serangan ini disifatkan sebagai berskala besar, bukan sahaja menyasarkan infrastruktur ketenteraan, tetapi juga individu-individu penting yang dipercayai memainkan peranan utama dalam menentukan hal tuju strategik dan tidak balas Iran terhadap serangan ini.
01:11Bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi setakat ini daripada pihak berkuasa Israel mahupun Iran mengenai jumlah korban atau sasaran spesifik.
01:21Namun, laporan-laporan tersebut mencadangkan satu usaha menyeluruh untuk melemahkan keupayaan ketenteraan dan kepimpinan strategi Iran terhadap dalam.
01:29Media rasmi Iran IRNA turut mengesahkan kematian orang awam akibat serangan ke atas kawasan perumahan di Teheran.
01:36Menurut laporan IRNA, beberapa individu termasuk wanita dan kanak-kanak syahid dalam serangan ke atas sebuah kompleks kediaman di Teheran.
01:44Setakat ini, tiada maklumat lanjut diberikan oleh pihak berkuasa Iran atau Israel berhubung jumlah kematian secara rasmi.
01:51Israel juga masih belum mengeluarkan kenyataan terbuka berkenaan laporan kematian pemimpin-pemimpin kanan Iran tersebut.