00:00Serangan udara Israel ke atas fasiliti nuklear Iran pada awal pagi Jumaat mencetuskan kecaman antarabangsa.
00:07Pemimpin dunia menyuarakan kebimbangan terhadap risiko perang besar dan mendesak penyelesaian diplomatik segera.
00:16Pemimpin dari Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand sepakat mengecam tindakan unilateral Israel
00:21sambil memberi amaran bahawa serangan itu boleh mencetuskan ketegangan lebih besar,
00:26menggugat kestabilan serantau dan menambah risiko salah perhitungan.
00:30Setiausaha negara Amerika Syarikat, Marco Rubio menegaskan bahawa Israel telah bertindak secara unilateral terhadap Iran
00:36tanpa sebarang penglibatan daripada pihak Amerika Syarikat
00:40dan memaklumkan bahawa keutamaan Washington adalah memastikan keselamatan anggota tenteranya di rantau berkenaan.
00:46Beliau turut menyampaikan amaran kepada Teheran agar tidak mengambil tindakan balas
00:50yang menyasarkan kepentingan atau kakitangan Amerika Syarikat di kawasan yang terjejas oleh konflik.
00:57Menteri Luar Australia, Penny Wong, menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan ketegangan antara Israel dan Iran
01:02dengan menyatakan bahawa keadaan ini boleh memburukkan lagi kestabilan di rantau yang sememangnya sudah tidak menentu.
01:10Beliau menegaskan bahawa program nuklear dan peluru berpandu balistik Iran
01:13merupakan ancaman terhadap keamanan global sambil menggesa semua pihak supaya mengutamakan dialog
01:19dan penyelesaian diplomatik bagi mengelakkan konflik berskala besar.
01:24Perdana Menteri New Zealand Christopher Laksa menyifatkan serangan tersebut sebagai perkembangan yang sangat membimbangkan
01:29dan menegaskan bahawa risiko salah perhitungan adalah tinggi
01:32serta berpotensi memburukkan lagi keadaan di Asia Barat.
01:36Terima kasih kerana menonton!