Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Israel menyerang Iran dengan mendakwa Tehran hampir membina 15 bom nuklear, sekali gus menggagalkan rundingan damai dan meningkatkan risiko konflik serantau yang lebih besar.
Transcript
00:00Israel melancarkan serangan terhadap Iran awal pagi Jumaat sebagai tindak balas terhadap peningkatan ancaman nuklear dari Teheran.
00:08Menurut pegawai tentera Israel, Iran kini memiliki bahan mencukupi untuk menghasilkan sehingga 15 bom nuklear dalam beberapa hari menyebabkan Israel bertidak pantas untuk menghentikan kemajuan tersebut.
00:20Serangan ini menyasarkan puluhan kemudahan ketenteraan dan nuklear Iran. Dengan Israel mendakwa tindakan ini perlu bagi mengelakkan Iran membina senjata nuklear.
00:30Israel turut mengisytiharkan darurat sebagai persediaan menghadapi serangan balas Iran termasuk peluru berpandu dan drone yang dijangka menyasarkan kawasan awam.
00:39Dua pegawai AS mengesahkan bahawa serangan ini dilancarkan tanpa penglibatan Washington walaupun Presiden Donald Trump kini sedang mengadakan mesyarat khas bersama Kabinet.
00:49Perisikan Amerika menunjukkan bahawa Israel telah lama bersubsidia untuk bertindak dan ketegangan memuncak apabila rundingan nuklear antara Iran dan Amerika Syarikat di Oman dilihat menemui jalan buntu.
01:02Iran mengaktifkan sistem pertahanan udara selepas beberapa letupan dilaporkan berlaku di Teheran manakala harga minyak mentah global melonjak lebih 3,000 stong.
01:14susulan krisis ini.
01:15selamat menikmati.

Recommended