00:00Malaysia menyifatkan serangan ketenteraan Israel ke atas Iran sebagai cubaan jelas untuk menggagalkan rundingan yang sedang berlangsung antara Amerika Syarikat dan Iran.
00:10Perdana Menteri Datuk Suri Anwar Ibrahim berpendapat, selain itu tidak akan terbabit dilihat untuk mengalihkan perhatian dunia daripada tindakan Israel di Gaza serta tekanan politik terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.
00:23Menurutnya, serangan itu berlaku ketika kekejaman Israel di Gaza kembali dipersoal dan tekanan politik yang meningkat terhadap kepimpinan Netanyahu.
00:33Perdana Menteri terus mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel termasuk serangan khusus yang beragut nyawa beberapa pemimpin kanan Iran serta menyifatkan tindakan itu sebagai melulu dan berbahaya.
00:45Kata beliau, tindakan itu boleh mencetuskan ketidakstabilan yang lebih besar di rantau yang sudah sedia bergolak.
00:51Dalam pada itu, beliau menggesa rakan-rakan Israel khususnya negara yang mempunyai pengaruh besar supaya menggunakan segala bentuk tekanan bagi menghentikan pencerobohan berterusan.
01:02Menurutnya, komuniti antarabangsa tidak boleh membiarkan sebarang tindakan yang menggagalkan usaha diplomasi dan mengancam keamanan global.