Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Setelah dua tahun memegang tampuk kepimpinan Polis Diraja Malaysia, Tan Sri Razarudin Husain bakal menamatkan kontrak sebagai Ketua Polis Negara pada 22 Jun ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Setelah dua tahun memegang tampuk kepimpinan polis diraja Malaysia PDRM, Tansi Razaluddin Husin bakal menamatkan kontrak sebagai ketua polis negara pada 22 Jun ini.
00:12Menurut sumber, majlis serah terima tugas dan pahlawan berundur akan diadakan pada 20 Jun depan di pusat latihan polis Kuala Lumpur atau Pulapol.
00:21Razaluddin dilantik sebagai ketua polis negara ke-14 selama dua tahun secara kontrak selepas bersara berkuatkuasa 23 Jun 2023 bagi menggantikan Tansi Akril Sani Abdullah Sani berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.
00:41Razaluddin memulakan karier pada tahun 1984 di Jabatan Siasatan Jenayah GSJ Kontingen Kedah sebagai pegawai penyiasat.
00:50Antara jawatan yang pernah disandang beliau ialah penolong pengarah D-9, GSJ Bukit Aman, Timbalan Commander Special Task Force on Organised Crime, Squad Tactical Khas 1 Jenayah Bukit Aman, Ketua GSJ Pulau Pinang dan Timbalan Pesuruh Jaya Polis Sabah.
01:08Beliau menyandang jawatan Timbalan Ketua Polis Negara mulai tahun 2021 hingga Jun 2023.

Recommended