00:00Makanan asas dicatatkan barangan paling banyak dibeli penerima bantuan sumbangan asas Rahmah Sara di seluruh negara selepas ia dilaksanakan bermula awal tahun ini.
00:11Timbalan Menteri Kewangan Lim Huying berkata antara makanan asas itu ialah gula, minyak, beras, tepung dan telur.
00:19Katanya mulai satu Mei lalu kerajaan telah menambah baik pelaksanaan program Sara dengan memperluaskan kategori barangan asas
00:26yang dibenarkan termasuk produk kebersihan rumah seperti sabun, serbuk pencuci pakaian, pencuci pinggan mangkuk dan pencuci lantai.
00:36Jelas Huying penambahan ini adalah hasil maklum balas daripada penerima sendiri.
00:41Setakat ini terdapat 14 kategori barangan yang dibenarkan termasuk makanan asas, barangan kebersihan diri ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.
00:50Huying dalam pada itu memberitahu seramai 4.8 juta daripada 5.4 juta penerima.
00:58Bantuan Sara telah memanfaatkan kemudahan penggunaan MyCard untuk membeli barangan keperluan asas di premis berdaftar seluruh negara setakat bulan ini.
01:07Katanya para penerima memanfaatkan mendapat bantuan sehingga kadar maksimum RM2,100 berbanding RM1,200 pada tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 75%.
01:20Terima kasih telah menonton!