Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Data Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menunjukkan seramai 559 individu atau 0.5 peratus yang ditahan kerana penyalahgunaan dadah bagi suku pertama tahun ini berkelulusan ijazah sarjana muda, sarjana atau Doktor Falsafah (PhD).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Data Agensi Antidadah Kebangsaan AADK menunjukkan seramai 559 individu yang ditahan kerana penyalahgunaan dadah bagi suku pertama tahun ini berkelulusan ijazah sarjana muda.
00:14Sarjana atau Doktor Falsafah PhD Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Sri Syamsul Anwar Nasarah berkata 2,323 orang pula memiliki diploma dengan kesemua mereka berusia antara 19 hingga 40 tahun terjebak penyalahgunaan dadah jenis sintetik atau konvensional seperti heroin atau ganja.
00:37Katanya data juga menunjukkan 503 orang terlibat penyalahgunaan dadah berkelulusan sigil tinggi persekolahan Malaysia STPM, 41,743 orang sigil pelajaran Malaysia SPM, manakala 30,016 orang mempunyai pendidikan tahap menengah.
00:58Seramai 9,736 orang pula mempunyai tahap pendidikan sekolah rendah, manakala 21,057 lagi tiada pendidikan formal.
01:08Syamsul Anwar berkata bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, belia berusia 15 hingga 40 tahun kekal golongan penagih dadah paling ramai di seluruh negara, melibatkan 65,264 orang atau 60.2%.
01:23Selain itu, 23 remaja berusia 14 tahun juga direkodkan terlibat dadah.
01:28Beliau berkata penyalahgunaan dadah bukan sahaja merosakkan generasi masa depan tetapi memerlukan perbelanjaan tinggi untuk rawatan.
01:36Menurutnya, AADK membelanjakan RM51 sehari untuk setiap pelatih pusat pemulihan penagihan narkotik ataupun SPM.

Recommended