• 1 year ago
Serangan berterusan rejim Israil di Semenanjung Gaza terus mencatatkan peningkatan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jumlah kematian akibat serangan berterusan rejim Israel di semenanjung Gaza meningkat kepada 58,026 orang, manakala 138,520 lagi dilaporkan cedera sejak 7 Oktober 2023 menurut laporan Agensi Berita dan Penerangan Palestine Wafa.
00:18Sumber perubatan memaklumkan pada ahad malam bahawa 7,450 orang maut dan 26,479 lagi cedera sejak 18 Mac lalu iaitu selepas rejim Israel menyambung semula serangan ke atas Gaza susulan tamatnya perjanjian gencatan senjata.
00:36Dalam tempoh 24 jam yang lalu, 28 orang dilaporkan terbunuh ketika sedang mendapatkan bantuan dan dibawa ke hospital, manakala lebih 180 orang lagi cedera.
00:48Ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang terkorban dan dihantar ke hospital setakat ini kepada 833 orang dengan lebih 5,400 lagi cedera.
00:58Sumber turut mengesahkan 139 mayat dibawa ke hospital dalam tempoh 24 jam lepas termasuk 5 mayat yang ditemukan semula sementara 425 individu cedera.
01:12Menurut laporan, masih terdapat mangsa yang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan di atas jalan.
01:19Namun, usaha menyelamat suka dijalankan kerana serangan berterusan menghalang akses pasukan perubatan dan penyelamat ke kawasan terjejas.
01:28Terima kasih telah menonton!

Recommended