Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melancarkan Operasi Selamat Paru-Paru secara serentak di seluruh negara bagi memperkukuh penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sasaran operasi ini bagi melindungi kanak-kanak dan golongan Orang Belum Dewasa (OBD) daripada terus menjadi mangsa kepada taktik pemasaran produk merokok dan vape yang semakin agresif.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Kesihatan Malaysia melancarkan operasi selamat paru-paru secara serentak di seluruh negara bagi memperkukuh penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2024.
00:12Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Zulkifri Ahmad berkata, sasaran operasi ini bagi melindungi kanak-kanak dan remaja daripada terus menjadi mangsa kepada taktik pemasaran produk merokok dan beg yang semakin agresif.
00:25Kita mahukan operasi ini menjadi permulaan kepada satu era baru di mana paru-paru anak-anak kita kekal bersih, akal mereka sihat dan waras serta bebas daripada produk merokok.
00:41Kita mahukan anak tumbuh besar anak kita itu diberikan segala pembelaan supaya mereka menjadi generasi yang pintar, yang bijak dan akal yang sihat berada pada tubuh badan yang sihat.
00:57Al-Aqlus Salim Fijismi Salim kata ulama-ulama dan ini juga adalah mantra semua pakar-pakar kesihatan awam.
01:06Beliau berkata demikian selepas melancarkan operasi dikenali sebagai Ops Selamat Papa di Kuala Lumpur pada Jumaat.
01:14Menurut beliau penggunaan pendekatan pendidikan, advokasi dan penguatkuasaan akan dilaksanakan secara seimbang dalam operasi ini dengan kerjasama pelbagai agensi.
01:25Katanya sebanyak 281,381 premis telah diperiksa dalam pelaksanaan Ops Selamat Papa sejak 1 Oktober tahun lalu sehingga 1 Ogos ini dengan 459 kertas siasatan dibuka.
01:41Rokok atau VIP kedua-duanya bukan lagi soal gaya hidup tetapi ancaman kesihatan yang nyata.
01:51Ops Selamat paru-paru ini bukan hanya penguatkuasaan tetapi perjuangan menjaga udara yang kita kongsi bersama.
02:01Dan hari ini kerajaan melalui usaha ini menunjukkan kesihatan awam tidak lagi boleh dikompromi.
02:09Kali sekadir bersama jurukamera Izwan Nordin untuk Estrawani.

Recommended