Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Negeri New York dan New Jersey di Amerika Syarikat mengisytiharkan darurat pada Khamis bagi kawasan yang berada di bawah amaran banjir kilat apabila hujan lebat melanda Pantai Timur.

Category

🗞
News
Transcript
00:00New York dan New Jersey di Amerika Syarikat mengisytiharkan darurat pada Khamis bagi kawasan yang berada di bawah amaran banjir kilat apabila hujan lebat melanda pantai timur.
00:12Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika melaporkan hujan lebat hingga sangat lebat serta ribut petir kuat.
00:19Dijangka berlaku di koridor Washington, Philadelphia, New York City, mengancam perjalanan darat dan mengganggu penerbangan.
00:26Beberapa kawasan di selatan kawasan itu dijangka menerima hujan sehingga 5.08 cm sejam.
00:35Gabernol New York Kathy Hochul dalam kenyataan menyeru semua penduduk New York untuk kekal berwaspada.
00:41Datuk Bandar New York City, Eric Adams pula, menggesa orang ramai agar tidak keluar memandu dan menasihati penduduk yang tinggal di Pangsepuri bawah tanah agar berpindah ke tempat yang lebih tinggi.
00:51Menurut pentadbiran penerbangan persekutuan FAA, perjalanan udara terjejas akibat ribut pada Kamis malam dengan arahan henti pergerakan pesawat dilaksanakan di beberapa lapangan terbang utama di New York, New Jersey, Philadelphia dan kawasan Washington, D.C.
01:07Lapangan terbang terbangsa John F. Kennedy di New York mengalami kelewatan dengan purata sekurang-kurangnya 3 jam.
01:12Perkhidmatan tren antara Philadelphia dan Wilmington, Delaware pula terhenti kerana air menenggelamkan landasan akibat ribut kuat.
01:21Setakat ini, satu kematian dilaporkan akibat ribut membabitkan seorang kanak-kanak yang terperangkap dalam air di Mount Airy, Maryland.
01:28Walaupun amarah banjir kilat dan ribut petir di New York City ditarik balik pada Kamis malam, ia masih berkuat kuasa di lokasi lain sehingga Jumaat.
01:36Dengan jumlah hujan antara 10.16cm hingga 15.24cm dijangka di beberapa kawasan pantai timur.

Recommended