00:00Penyanyi terkenal Justin Timberlake mendedahkan beliau disahkan menghidap penyakit Lyme.
00:06Menerusi satu hantaran di Instagram selepas tamat jelajah dunia Forget Tomorrow, Timberlake berkata beliau pada awalnya terkecut apabila menerima diagnosis itu, namun ia menjelaskan beberapa simptom yang dialami termasuk keletihan melampau.
00:21Timberlake mengakui dia pernah mempertimbangkan untuk menamatkan siri jelajah yang lebih awal, namun akhirnya memutuskan untuk meneruskannya.
00:31Jelajah dunia itu bermula pada April tahun lalu dan berakhir di Turki pada Rabu lepas.
00:36Bagaimanapun menjelang penghujung jelajah tersebut, Timberlake menerima kritikan daripada peminat yang mendakwa persembahannya hampar.
00:43Lyme ialah jakita bakteria yang disebarkan melalui gigitan kutu.
00:47Walaupun rawatan awal menggunakan antibiotik kebiasaannya berkesan, sesetengah pesakit terus mengalami simptom seperti sakit badan dan keletihan untuk tempoh yang lama.