00:00Umpama menangis tanpa suara, menjerit, tiada siapa yang dengar.
00:05Keganasan rumah tangga bukan sekadar isu peribadi, tetapi tragedi yang berulang tanpa kesudahan.
00:13Ketakutan, kebergantungan dan stigma menjadi tembok yang mengunci mangsa daripada bersuara.
00:20Namun sejauh mana pelindungan yang ada benar-benar memadai.
00:24Ikuti laporan khas wartawan-kartawan ini, Syafiqah Azami.
00:30Seorang wanita wang ketempatan ditampar seorang lelaki di sebuah pusat membeli pelah.
00:35Itulah setelah rakaman video di media sosial memaparkan seorang wanita ditampar seorang lelaki.
00:40Pasangan berusia 37 dan 38 tahun bergaduh di sebuah hotel.
00:45Punca kejadian dipercayai kerana si suami curang.
00:48Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, ICP Nur Hizam Bahaman dalam satu kenataan,
00:52laporan tersebut dibuat oleh adik mangsa yang mengesahkan wanita berusia 35 tahun yang berkumpul itu adalah
00:59Keganasan rumah tangga sudah lama berakar.
01:04Ada yang timbul di media sosial dan ada yang senyap ditanggung sendiri.
01:09Teknologi memberi ruang untuk dirakam, disebar dan dilihat jutaan kali,
01:13tetapi majoritinya terus berlaku dalam diam di sebalik pintu tertutup.
01:17Malaysia mengiktiraf 11 bentuk Keganasan rumah tangga di bawah Akta Keganasan rumah tangga 1994 Akta 521.
01:27Antara penderaan diklasifikasikan adalah emosi, seksual, kewangan dan sosial, termasuk ugutan, pengurungan serta paksaan terhadap hak pribadi mangsa.
01:37Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak D11,
01:44Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan,
01:47peningkatan ketara kes Keganasan rumah tangga dicatatkan selepas pandemik.
01:51Kenapa menunjukkan peningkatan ketara yang berpunca daripada masalah keuangan terutamanya?
01:59Apabila sektor ekonomi kita ditutup, kebanyakannya ditutup, berlakunya konflik keuangan.
02:06Jadi membawa kepada kecelaruan, panas baran, masalah-masalah cepat sangat melenting.
02:13Jadi ini menyumbang kepada peningkatan kes selepas pandemik pada tahun 2021.
02:19Selain itu, ia juga didorong konflik lain termasuk kecurangan dan penagihan dadah dalam kalangan pelaku.
02:28Terus kekal dalam penderaan bukan bermakna mangsa bersetuju tetapi lebih membimbangkan ramai yang memilih untuk berdiam diri.
02:36Namun laporan yang diterima pihak polis tetap menunjukkan peningkatan.
02:40Sepanjang 2024, lebih 7,000 kes keganasan rumah tangga dilaporkan kepada pihak polis.
02:46Selangor rekod jumlah tertinggi 5 tahun berturut-turut dengan 1,317 kes pada 2024 berbanding 944 pada 2020.
02:58Johor dan Kuala Lumpur juga konsisten dengan masing-masing melebihi 800 kes pada 2024.
03:04Angka sebenar mungkin lebih tinggi memandangkan masih ramai yang enggan membuat laporan.
03:08Kes keganasan rumah tangga di Malaysia ini, dia berlaku bukan hanya sekali, dua kali tetapi dia dah lama.
03:16Kebanyakannya hasil dipendam, disimpan.
03:20Kononnya untuk memberi peluang kepada pelaku kerana mereka semua ini ada hubungan, ada bonding dan juga ada pertalian darah dan juga pertalian dari sudut perkahwinan.
03:33Menurut Peguam Bela Khairul Naim Rafidi, bagi mangsa yang memilih untuk keluar dari kancah penderaan, cabaran sebenar mereka baru bermula.
03:43Pembelaan mungkin mengambil masa yang panjang.
03:47Kebiasaannya, saya boleh kata maksimumlah lebih kurang satu setengah tahun ke dua tahun.
03:53Malah boleh lebihlah berantung kepada berapa banyaknya saksi dan hasil siasatan yang dibuat oleh pihak polis.
04:00Jadi tidak ada hard, saya boleh kata tidak ada hard and fast rule berkenaan berapa lama tempoh yang dia bergantung.
04:11Akta keganasan rumah tangga 1994, Akta 521 memperuntukkan beberapa bentuk perlindungan termasuk Perintah Perlindungan Interim IPO.
04:21Namun dari sudut pelaksanaan, ia masih terlalu panjang untuk memberi perlindungan kepada mangsa.
04:26Pada pandangan saya, terdapat beberapa pindaan atau penambahbaikan yang wajar dipertimbangkan.
04:35Yang pertama adalah usaha untuk mewujudkan mahkamah khas keganasan rumah tangga.
04:42Perlu ada mahkamah khas ini kerana kalau kita lanjutkan lagi kes seperti ini, ia sebenarnya akan melanjutkan trauma mangsa.
04:53Jadi kita ingat kalau mahkamah khas ini ditubuhkan, ia akan dapat mempercepatkan Perintah Perlindungan dan mengutamakan kesejahteraan mangsa khususnya wanita dan kanak-kanak.
05:06Antara cadangan lain termasuk peluasan takrif keluarga dan pasangan menangkumi mereka yang tinggal bersama tanpa ikatan perkawinan.
05:16Beliau turut mencadangkan perlindungan yang lebih seimbang tanpa mengira jantina serta pemantauan terhadap pelaku lalui kaunseling mandatory.
05:23Birokrasi itu tidak perlu terlalu panjang.
05:27Walaupun dalam Seksyen 3A itu kerajaan telah laksanakan tindakan yang efektif dan praktikal,
05:35memandangkan pegawai kebajikan masyarakat ada kuasa untuk memberi EPO atau Emergency Protection Order,
05:42namun saya fikir mungkin, ini mungkin, ia boleh dikaji dan diperluas.
05:47Lagi contoh, kuasa serta-merta diberikan kepada pihak polis misalnya untuk memberikan EPO.
05:54Mereka yang terluka bukan hanya tubuh tetapi maruah, emosi dan harapan untuk hidup.
06:01Undang-undang ada, persoalannya adakah ia mencukupi?
06:05Atau masyarakat sebenarnya tidak tahu ke mana perlu tuju untuk dapatkan pembelaan?
06:11Ikuti seri 2 demi pembelaan kepada mangsa.
06:17Terima kasih telah menonton!