• 1 year ago
Perbualan mesej Whatsapp antara Ismanira Abdul Manaf dan suaminya yang mengandungi kata-kata kasar, tidak boleh dianggap sebagai satu niat jenayah.

Transcript
00:00Perbualan mesej WhatsApp antara Ismail Nira Abdul Manaf dan suaminya yang mengandungi kata-kata kasar
00:06tidak boleh dianggap sebagai satu niat jenayah.
00:09Sebaliknya, ia dinilai sebagai luahan emosi biasa seorang ibu yang sedang berdepan tekanan menjaga dua anak autistik.
00:18Saksi pembelaan kelima, seorang pakar psikologi kanak-kanak Dr. Nur Aisyah Rusli memberitahu Mahkamah Session Betalin Jaya
00:25bahawa mesej-mesej itu adalah perkara biasa bagi individu dalam situasi tertekan.
00:31Katanya tekanan itu lebih dirasai apabila anak sedang hilang,
00:34merujuk kepada kes Zin Ryan yang dilaporkan hilang pada 5 Disember tahun lepas.
00:40Dr. Nur Aisyah menjelaskan, mesej-mesej tekanan dan emosi seperti itu bukan satu ancaman.
00:46Sebaliknya, luahan yang biasa oleh individu yang keletihan secara emosi.
00:50Kes dikenalikan timbalan pendakwa raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin dan Akhari Durrani Aziz.
00:57Perbicaraan di hadapan hakim, Dr. Shaliza Warnoh bersambung pada 8 September bagi hujahan bertulis,
01:0322 September bagi hujahan balas dan keputusan akhir pada 31 Oktober 2025.
01:10Mengikut pertuduhan pindaan, Ismanira didakwa mengabaikan Zin Ryan dalam tempoh antara jam 12 tengah hari 5 Disember 2023 dan 9.55 malam keesokannya.
01:22Perbuatan itu dikatakan berlaku di kawasan Blok R, Pangsepuri Idaman, Damansara Damai sehingga ke Anak Sungai Berhampiran.
01:28Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31, Subseksyen 1, Subseksyen A, Akta Kanak-Kanak 2001
01:35yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
01:44Terima kasih telah menonton!

Recommended