• 1 year ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan kepentingan memahami sejarah dari sudut pemimpin serantau semasa pelancaran pameran Tipu Sultan dan Haider Ali di Muzium Kesenian Islam di ibu negara pada Selasa (5 Ogos).
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar sejarah Asia dihargai secara lebih mendalam dan tidak hanya berpaksikan naratif kolonial.
00:10Ini dengan menjadikan tipu Sultan dari Mysore, seorang pemerintah India yang menentang syarikat India Timur British sebagai contoh keberanian, keilmuan dan toleransi.
00:21Ujannya sumbangan tipu Sultan dan bapanya Haider Ali sebagai tokoh yang menentang peluasan kuasa kolonial British menunjukkan betapa pentingnya memahami sejarah dari perspektif pemimpin tempatan dan serantau bukan semata-mata melalui catatan barat.
00:51Jelas Anwar sejarah Malaysia seperti banyak negara lain sering ditulis dari sudut pandang British yang mencerminkan pemerintahan kolonial barat.
01:17Beliau berkata demikian semasa pelancaran pameran More Than A Day As A Tiger di Muzium Kesenian Islam Malaysia Ibu Negara pada Selasa.
01:27Pameran menampilkan koleksi luas artifak, manuskrip, senjata dan karya seni berkaitan Haider Ali dan Tipu Sultan dan akan berlangsung mulai Rabu hingga 11 Januari 2026 di Galeri Has 2.

Recommended