Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
WhatsApp bertindak tegas sekat jutaan akaun penipuan dan perkenal ciri keselamatan baharu untuk lindungi pengguna daripada scam digital.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik bertemu kembali, WhatsApp menyekat lebih daripada 6.8 juta akaun yang dikaitkan dengan operasi penipuan.
00:08Dalam separuh pertama tahun ini, lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan syarikat induknya Meta pada selasa.
00:15Jelas syarikat itu langkah itu sebagai sebahagian usaha berterusan untuk melindungi orang ramai daripada penipuan.
00:21Menurut Meta, akaun penipuan telah disekat sebelum sempat digunakan hasil siasatan mendalam dan penguatkuasaan yang dipertingkatkan.
00:31Kegiatan penipuan sering menjalankan pelbagai skim serentak seperti penipuan mata wang kripto dan skim piramid.
00:38Tanda amaran biasa termasuk permintaan bayaran pendahuluan sebagai pertukaran untuk pulangan atau pendapatan yang dijanjikan.
00:45WhatsApp memperkenalkan ciri tinjauan keselamatan yang muncullah apabila pengguna dimasukkan ke dalam kumpulan oleh individu luar senarai kenalan.
00:56Ciri ini memberikan maklumat kumpulan, tip keselamatan dan membolehkan pengguna keluar serta merta tanpa melihat perbualan.
01:04Notifikasi kumpulan juga disenyapkan secara automatik.
01:07WhatsApp turut menguji ciri amaran untuk kenalan tidak dikenali bertujuan memberi konteks dan menggalakkan pengguna lebih berhati-hati.
01:16Meta menjelaskan penipu sering menggunakan taktik seperti janji wang mudah, pelaburan palsu atau ancaman bil tertunggak untuk memperdaya mangsa.
01:25Susulan itu, Meta menggesa pengguna agar sentiasa berwaspada apabila didekati individu tidak dikenali dalam talian, terutamanya mereka yang meminta wang atau maklumat pribadi.
01:37Terima kasih telah menonton!

Recommended