Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Dekan Fakulti Pendidikan, Bahasa, Psikologi dan Muzik SEGi University, Prof. Datin Dr. Mariani Md Nor berkata cadangan mewajibkan pendidikan prasekolah seawal usia lima tahun akan merapatkan jurang masyarakat bandar dan luar bandar. Jelasnya, langkah ini akan memastikan kualiti pendidikan yang saksama untuk seluruh warga Malaysia. #AgendaAWANI

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kita mempunyai gap ataupun jurang yang besar bagi pendidikan di bandar, di luar bandar, di masyarakat rentan seperti masyarakat di pedalaman ataupun masyarakat orang asal. Jadi mungkin ini akan merapatkan jurang itu pandangan Prof. Datin?
00:14Ya pada saya ini akan merapatkan jurang itu kerana sebelum ini apabila pendidikan prasekolah ini tidak diwajibkan. Ada ibu bapa yang mempunyai masalah masing-masing tidak menghantarkan anak itu ke prasekolah.
00:27Mereka hanya menghantar ke tadika-tadika yang mungkin tidak berdaftar ya. Tambah lagi kalau di luar bandar kerana untuk mendapatkan pendaftaran itu, pendaftaran tadika itu bukan perkara yang mudah. Ini realitinya ya.
00:39Jadi kebanyakan mereka, kebanyakan mereka akan menghantar anak-anak ke tadika swasta biasa ya Dr. Anwar. Kadang-kadang dengan yuran yang sedikit. Jadi kalau dengan yuran yang sedikit kita faham bahawa mereka mungkin ada yang belajar, mungkin ada mereka yang banyak bermain.
00:54Kita tahu bahawa melalui bermain juga mereka boleh belajar. Tetapi kalau dengan adanya pendidikan prasekolah ini, dia boleh merapatkan jurang anak-anak bandar dengan luar bandar.
01:04Dan akhirnya bolehlah kita katakan keberhasilan, equity pendidikan itu adalah untuk semua hak. Kerana setiap murid-murid itu ada hak untuk diberikan pendidikan.
01:14Tapi wajibnya ini adalah yang terbaik untuk anak-anak kita bagi kesinambungan generasi masa akan datang.
01:22Terima kasih Prof. Datin Dr. Mariani. Kita akan bersiaran lagi untuk edisi yang lain.
01:27Bagi Dr. Anwar, kalau kita lihat konsistensi kerajaan untuk menjadikan sektor pendidikan satu sektor yang berdaya saing,
01:36yang up to date dengan perkembangan pendidikan semasa, begitu juga menumpukan kepada kualiti pendidikan,
01:44adakah kita boleh bermula dengan prasekolah ini?
01:47Ya, sudah pasti itu Haji.
01:50Pengalaman negara maju menunjukkan bahawa mereka memberi tumpuan yang sangat besar kepada prasekolah dan sekolah redak.
01:57Malah kalau kita lihat dalam negara kita pun, saya ingat ada satu kajian yang menarik yang dilakukan oleh Prof. Ramah Ismail
02:04daripada UKM di fakulti ekonomi dulu, yang telah menunjukkan perbelanjaan yang lebih besar pada sekolah rendah
02:12akan memberikan pulangan yang lebih tinggi kepada negara kita dari segi keberhasilannya,
02:20keberanian yang memupukkan nilai dan sebagainya.
02:22Jadi, membelanjakan ataupun melaburkan wang untuk prasekolah bukan sahaja akan memberi manfaat terbaik
02:30kepada negara kita untuk jangka panjang, tapi yang lebih penting juga,
02:33ia akan meringankan beban ibu bapa.
02:36Ini sangat ketara sekali. Ramai ibu bapa yang berhubungi saya merasakan rasa gembira.
02:42Kerana dengan adanya prasekolah wajib yang diuruskan oleh KPM,
02:47sebenarnya setiap bulan mereka akan menyelamat ataupun akan menjimatkan begitu banyak.
02:52Ya, begitu banyak sekalipun pelajaran mereka dan dengan cara ini,
02:56disposable income mereka akan dapat digunakan untuk urusan-urusan yang penting dalam kehidupan.
03:01Jadi, saya rasa kita harus juga melihat bahawa
03:04usaha kerajaan bukan hanya pada sekolah,
03:07anak-anak, tapi juga pada keluarga secara keseluruhannya.
03:10Saya rasa itu satu tindakan yang baik.

Recommended