Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Ketua Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berikrar akan mempertahankan kebebasan badan kehakiman dan melindungi institusi itu dengan seluruh jiwa raganya.

Tegasnya, pengalaman beliau yang merangkumi ketiga-tiga cabang kerajaan termasuk latar belakang politiknya tidak akan menjejaskan komitmennya sebagai Ketua Hakim ke-17.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ketua Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Saleh berikrar akan mempertahankan kebebasan badan kehakiman dengan seluruh jiwa raga.
00:11Tegasnya pengalaman beliau yang merangkumi ketiga-tiga cabang kerajaan termasuk latar belakang politik tidak akan menjejaskan komitmennya sebagai Ketua Hakim ke-17.
00:22Jelas Wan Ahmad Farid, beliau tidak dapat memadam sejarah sama ada bersifat politik atau sebaliknya, tetapi berjanji amanah yang dipikul ini akan digalas dengan adil atas nama Tuhan.
00:36Dalam ucapan sulungnya sempena majlis pelantikan Ketua Hakim Negara di Istana Kehakiman Putrajaya, beliau menggariskan beberapa inisiatif bagi meningkatkan kecekapan kehakiman dan menangani lambakan kes tertunggak di seluruh negara.
00:53Jelasnya badan kehakiman kini bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk menambah kapasiti bilik mahkamah serta melantik lebih ramai pesuruh jaya kehakiman bagi meringankan beban sedia ada.
01:06Antara lain katanya bagi meluaskan lagi akses awam kepada keadilan, badan itu turut memperkenalkan mahkamah mudah alih, membawa perkhidmatan undang-undang terus ke tempat terpencil, terutama di Sabah dan Sarawak.
01:21Wan Ahmad Farid mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara pada 28 Julai menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara pada 2 Julai lalu.
01:31Terima kasih.
01:32Terima kasih.

Recommended