Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
PDRM beri amaran keras terhadap penyebaran maklumat tidak sah berkaitan kes Zara Qairina, siasatan masih berjalan dan tindakan undang-undang menanti pelaku.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bagi ini berita yang baru kami terima, tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat dan gambar berkaitan kes kematian Zara Kaidina Mahathir
00:08boleh dikenakan tindakan di bawah tiga undang-undang.
00:12Amaran keras itu dikeluarkan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Muhammad Khalid Ismail sambil memberitahu tiga undang-undang itu
00:19ialah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 203A Kanun Kesiksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
00:32Dalam penyataan pada Rabu malam, Muhammad Khalid berkata amaran itu diberikan susulan pihaknya mengesan wujud penyebaran maklumat
00:39serta gambar kanak-kanak yang dikaitkan dengan Zara Kaidina di media sosial pihak tertentu.
00:46Beliau berkata maklumat dikongsi itu tidak tepat dan boleh mengelirukan orang awam.
00:52Tambahnya, tindakan ini bukan sahaja menjejaskan siasatan, malah boleh mengganggu proses keadilan kepada semua pihak.
01:00BDRM menjelaskan semua proses siasatan termasuk isu bedah siasat dijalankan mengikut prosedur dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
01:10Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya menghentikan tindakan memaknai atau berkongsi maklumat yang tidak sahih termasuk pendedahan maklumat berkaitan siasatan kes tersebut.

Recommended