• 1 year ago
Meta melaporkan telah menutup hampir 7 juta akaun WhatsApp dalam separuh pertama tahun ini selepas dikenal pasti terlibat dengan kegiatan penipuan dan syarikat itu kini meningkatkan langkah keselamatan untuk mengekang aktiviti tersebut.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dan seterusnya, Meta melaporkan telah menutup hampir 7 juta akaun WhatsApp dalam separuh pertama tahun ini.
00:07Ia selepas akaun di platform berkenaan dikenalpasti terlibat dengan kegiatan penipuan dan syarikat itu kini meningkatkan langkah keselamatan untuk mengekang aktiviti tersebut.
00:19Pengarah hal ewa luar WhatsApp, Claire D.V. berkata, pihaknya mengenalpasti dan menyekat akaun-akaun tersebut sebelum kumpulan jenayah yang menciptanya sempat menggunakannya.
00:29Eksekutif WhatsApp dalam satu taklimat pula berkata, penipuan yang sering dikendalikan oleh sindiket terancang tersebut merangkumi pelaburan mata wang kripto palsu serta skim cepat kaya berbentuk piramid.
00:42WhatsApp yang dimiliki Meta menjelaskan, terdapat satu corak yang harus menjadi amaran kepada semua, antaranya pengguna perlu membayar terlebih dahulu untuk mendapat pulangan atau pendapatan yang dijanjikan.
00:54Menurut Meta, lebih 6.8 juta akaun yang dikesan berpaut kepada pusat-pusat penipuan kebanyakannya beroperasi di Asia Tenggara telah disekat.
01:05WhatsApp dan Meta turut bekerjasama dengan OpenAI untuk menyekat satu penipuan yang berpunca dari Kemboja,
01:13di mana sindiket menggunakan chat GPT untuk menjana mesej teks yang mengandungi pautan kebualan WhatsApp bagi memerangkat mangsa.
01:21Sebagai langkah tambahan, bermula selasa, Meta mula memamparkan amaran kepada pengguna WhatsApp agar berwaspada sekiranya dimasukkan ke dalam kumpulan sembang oleh individu yang tidak dikenali.

Recommended