#AWANIBorneo bersama Syaff Shukri

- SPRM kongsi kepakaran dengan Ombudsman Sarawak

- Bas mini atasi masalah pengangkutan awam di UTS

- Industri Acara Perniagaan Sabah peroleh pengiktirafan

Category

🗞
News
Transcript
00:00Assalamualaikum, salam sejahtera. Awaini Borneo bersama saya Syaf Syukri. Berikut merupakan antara papanan utama untuk malam ini.
00:18SPRM kongsi kepakaran dengan ombudsman Sarawak.
00:25Bas mini tambahan atasi masalah pengangkutan awam di UTS.
00:30Juga SICC dan Sutra Haber raih pelbagai anugerah dan pengiktirapan.
00:42Seruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia, SPRM akan terus menyokong ombudsman Sarawak dalam usaha memperkukuh takbir urus serta integriti dalam pentadbiran kerajaan negeri.
00:53Ketua Peseruh Jaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata penubuhan ombudsman Sarawak adalah penting kerana ia menyediakan platform khusus bagi memantau isu-isu berkaitan takbir urus dan etika pentadbiran.
01:05Jelas Azam bantuan serta kerjasama SPRM dari segi perkongsian kepakaran serta penjaminan pegawai telah bermula sejak sebelum penubuhan ombudsman Sarawak lagi.
01:17Ia termasuk sesi libat urus dan jaga penanda aras di beberapa negara luar bagi melihat model ombudsman mereka.
01:23Selain itu, SPRM turut menjaminkan pegawai-pegawai yang mahir dalam integriti juga kepada ombudsman Sarawak dan kerjasama ini kita akan teruskan.
01:34Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi di Kuching.
01:42Pada 20 November 2023, Dewan Undangan Negeri Dun Sarawak meluluskan rang undang-undang RUU Ombudsman Sarawak 2023 yang akan membenarkan orang ramai melaporkan salah takbiran oleh agensi perkhidmatan awam negeri.
01:57RUU itu bertujuan meningkatkan ketulusan dan accountability dalam agensi-agensi kerajaan bagi memastikan wujudnya elemen semak dan imbang disamping membolehkan kerajaan menambah baik sistem dan prosedur penyampaian awamnya.
02:10Untuk rekod, Sarawak satu je negeri di Malaysia yang mempunyai ombudsman mereka sendiri bagi memantau tata kelola dalam pentadbiran kerajaan.
02:20Sabah Electricity mengesan 170 rumah serta premis terlibat dengan sambungan elektrik secara tidak sah dan melakukan usikan pepasangan meter secara haram dalam operasi martabat di sekitar Lahad Datu selama tiga hari bermula selasa lalu.
02:35Sabah Electricity dalam kenyataan pada Jumat memaklumkan operasi bersama polis diraja Malaysia PDRM itu mengesan 100 rumah terlibat dengan penyambungan elektrik tidak sah manakala 70 premis terlibat dengan pepasangan meter secara haram.
02:50Ujarnya dalam operasi martabat di Lahad Datu, kerugian hasil yang dikesan dianggarkan RM273,000 sebulan.
02:58Aktiviti haram itu bukan sahaja membahayakan nyawa, malah mengakibatkan kerugian besar kepada negara dan mengganggu bekalan elektrik kepada pengguna sah.
03:06Operasi martabat diteruskan sehingga 30 Ogos ini dan akan menyasarkan penurunan kadar kehilangan tenaga di Lahad Datu daripada 17.17% kepada 15%.
03:17Orang ramai turut diminta melaporkan aktiviti mencurigakan berkaitan bekalan elektrik kepada Sabah Electricity menerusi hotline 15444 atau aplikasi MySESB.
03:27Universiti Teknologi Sarawak UTS menerima tambahan pengangkutan bas mini bagi memudahkan pergerakan harian pelajar ke kampus.
03:41Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Anwar Rapai berkata,
03:47ia bagi menangani isu kekurangan pengangkutan awam di sekitar kawasan kampus sekaligus memastikan keselamatan dan keselesaan pelajar terjamin.
03:57Enional Menteri Pendidikan, Inovasi dan berkaitan sedang berkaitan terbaru untuk pelajar terbaru.
04:03Seperti sekarang, kita ada 4,000 plus orang dan orang-orang kita hidup di sekitar kampus-kampus.
04:14Jadi, mereka perlukan transport.
04:17Seperti yang anda tahu, tidak banyak transport di sekitar Cebu sehingga mereka menggunakan grang.
04:25Tapi, itu akan menyebabkan mereka sebuah finansial.
04:31Katanya, dua unit bas mini tambahan ini boleh mengakses kediaman pelajar yang tinggal di kawasan Jalan Sempit untuk ke kampus dengan lebih mudah dan selamat.
04:40Kita ada bas. Tapi, tentu saja, bus besar tidak boleh berjalan ke jalan kecil.
04:50Seperti yang banyak pelajar kita hidup di sekitar Togulu, Sunu Merah, di sekitar ini.
04:56Jadi, dengan perlukan transport yang sangat mudah, ia akan menyebabkan masalah yang terhadap pelajar untuk ke kampus, terutama apabila mereka hidup di sekitar.
05:09Beliau berkata demikian semasa majlis penyerahan dua unit minibas CAM CoStar berkapasiti 28 tempat duduk kepada pengurusan UTS di Cebu pada Jumaat.
05:22Tambahnya lagi, perancangan menyeluruh kini sedang dirangka termasuk pembinaan asrama baharu, menaik taraf kafeteria serta penambahan kemudahan asas lain yang mampu mengurangkan beban pelajar.
05:33Sidang kemuncak ASEAN ke-47 di Ibu Negara pada Oktober depan bakal menjadi medan himpunan pemimpin-pemimpin dunia selain pemimpin serantau dan rakan dialog ASEAN.
05:45Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai pengurusi ASEAN 2025, Malaysia mengalu-alukan kedatangan ketua-ketua negara dan rakan dialog, ia termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang telah mengesahkan kehadiran selain Presiden China Xi Jinping yang berkemungkinan akan turut serta.
06:03Selain itu, Perdana Menteri berkata, Malaysia juga menerima indikasi positif tentang kehadiran Presiden Brazil, Luis Inacio Lula da Silva dan Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, yang masing-masing merupakan pengurusi BRICS dan G20 ketika ini.
06:21Perdana Menteri
06:22Perdana Menteri
06:23Perdana Menteri
06:51Perdana Menteri
07:21Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada kadar sederhana pada tahun 2026, walaupun berdepan ketidakpastian pertanggangan global yang semakin meningkat dan permintaan luaran yang perlahan, menurut kenyataan Pra Belanjawan 2026.
07:37Menurut kenyataan yang diterbitkan Kementerian Kewangan MOF, pertumbuhan ekonomi negara didorong permintaan domestik yang berdaya tahan, terutamanya melalui pelaburan swasta, perkerjaan stabil dan langkah peningkatan pendapatan seperti bantuan tunai bersasar serta kenaikan gaji.
07:56Katanya sektor pelancongan yang digerakkan oleh Tahun Melawak Malaysia 2026 juga dijangka menyumbang secara ketara kepada pertumbuhan.
08:04Belanjawan 2026 akan mengutamakan pengukuhan sumber pertumbuhan domestik ke pelbagaian pasaran ekspor dan meluaskan peluang pendapatan isi rumah.
08:13Pelaburan awam dipertingkat melalui projek strategik di bawah rancangan Malaysia ke-13 dan peningkatan pelaburan langsung domestik oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan melalui program Gear Up sekaligus mengukuhkan asas bagi daya tahan ekonomi yang inklusif dan mampan.
08:29Nilai perdagangan antara Sarawak dengan Jepun mencecah RM31.6 bilion pada 2024 sekaligus mencerminkan hubungan strategik yang kukuh dengan ekonomi gergasi Asia itu.
08:43Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan menyatakan Jepun kekal sebagai antara rakan dagang terbesar Sarawak justru menunjukkan keyakinan berterusan terhadap potensi ekonomi wilayah itu.
08:55Berucap ketika merasmikan Minggu Sarawak di Pavilion Malaysia Expo Dunia 2025 Osaka, Jepun pada Jumaat, Awang Tengah berkata sejak 2011 pelaburan Jepun dalam sektor pembuatan di Sarawak telah mencecah RM13.8 bilion dan mewujudkan lebih 4,000 pekerjaan.
09:13Beliau menegaskan komitmen kerajaan Sarawak untuk terus memperluas kerjasama dengan Jepun terutamanya dalam bidang teknologi digital.
09:21Hydrogen hijau, ammonia dan tenaga boleh berharu. Usaha turut difokuskan kepada pembangunan industri hiliran bernilai tambah peralihan ke ekonomi kitaran serta pembinaan ekosistem digital yang berdaya saing bagi menjadikan Sarawak sebagai kuasa digital serantau.
09:38Kedudukan Sabah dalam industri acara perniagaan negara terus memperoleh pengiktirafan apabila dua lokasi utamanya pusat konvensyen antarabangsa Sabah SICC dan Sutra Harbor meraih pelbagai anugerah di Malaysia Business Events Award 2025.
10:02Ketua Pegawai Eksekutif SICC Dato' Rosmawati Lasuki berkata penglibatan pusat konvensyen itu dalam BIA memberi ruang untuk menilai kemajuan yang dicapai serta meraihkan ketahanan, inovasi dan semangat yang membentuk laluannya.
10:18SICC muncul pemenang berganda dengan meraih anugerah kecemerlangan Kongres Persidangan bagi BIA Sabah 2025 serta anugerah kecemerlangan pameran pengguna bagi Big Sabah Seal 2024.
10:33SICC turut menerima anugerah merit dalam kategori kecemerlangan pusat konvensyen dan pameran bertujuan khas.
10:39Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sutra Harbor, Gary D. Cruz pula berkata pengiktirafan yang diterima menunjukkan komitmen berterusan untuk menjadikan sabah destinasi bagi industri mesyuarat insentif persidangan dan pameran MAIS utama di rantau ini.
10:56Sutra Harbor menerima anugerah merit dalam kategori hotel dengan kemudahan mesyuarat cemerlang menerusi pelancaran Dewan Fungsi Raflisia sebagai takdikan terbaru.
11:05Kedua-dua lokasi ini pernah menjadi tuan rumah kepada persidangan dan pameran utama termasuk sidang kemuncak pelancongan dunia dan dialog keperimpinan ASEAN.
11:15Majlis pengandunggerahan disempurnakan timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Konfesyen Kuala Lumpur pada Khamis malam.
11:22Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah PRBSS merancang mengadakan program kebudayaan berkala di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah di Lok Batik Tuaran.
11:36Net Presiden PRBSS Dato' Japlin Akim berkata, langkah itu adalah usaha memberi pendedahan kepada pelancong asing dan rakyat tempatan mengenai budaya pelbagai etnik di Sabah.
11:48Yang antara objektifnya ialah untuk kita memperkasakan dan mempertahankan seni dan budaya masyarakat suku atau etnik Rumpun Bajau Sama yang ada di Sabah.
12:04Pada masa yang sama ini juga merupakan satu platform bagi kita untuk kita menanamkan semangat toleransi dan perpaduan di kalangan pelbagai etnik yang ada di negeri Sabah ini.
12:18Dan pada masa yang sama kita juga ingin memperkenalkan budaya suku kaum Bajau Sama ini bukan sahaja di peringkat nasional tetapi juga di peringkat antarabangsa.
12:31Bajau Sama Sabah akan diadakan pada 7 hingga 10 Ogos ini.
12:35Japlin berkata ia merupakan platform menanamkan semangat toleransi dan perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di Sabah termasuk Bajau Sama.
12:43Selain itu katanya penglibatan golongan belia dalam festival kebudayaan ini dapat mengangkat serta memperkasa seni budaya warisan negeri ini.
12:52Dan kita menggalakan penglibatan belia dalam semua program yang dianjurkan dan selain daripada itu kita juga mempunyai bengkel-bengkel dan juga pembelajaran untuk kita mempelajari seni dan budaya etnik Bajau Sama.
13:17Dan kebanyakan bengkel-bengkel ini dianjurkan melibatkan kumpulan belia supaya penglibatan belia ini dapat mempastikan supaya seni dan budaya ini dapat dihidupkan, dapat dipertahankan, dapat diperkasakan lagi dengan adanya program-program seumpama ini.
13:41Festival ini akan dirasmikan oleh Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.
13:45Seramai 30,000 orang dijangka hadir memeriahkan sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sabah kali ke-62.
13:54Bertemakan Malaysia Madani Rakyat di Santuni, acara pada 16 September itu akan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.
14:02Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Kristina Liu berkata, 16 September bukan sekadar hari untuk memperingati penubuhan Malaysia.
14:11Ia juga detik untuk merenung kembali nilai perpaduan, kepelbagaian dan keharmonian yang menjadi teras kepada Malaysia.
14:18Beliau berkata demikian ketika mempengurusikan mesyuarat pertama jawatan kuasa pada Khamis.
14:22Menyentuh mengenai persiapan, Kristina berkata, masih terdapat beberapa aspek penting yang memerlukan perhatian segera daripada jawatan kuasa penganjur khususnya berkaitan logistik, keselamatan, protokol dan promosi.
14:36Kristina berharap agar sambutan Hari Malaysia tahun ini akan menjadi penanda aras baharu dari segi pengurusan dan penyelarasan serta menggalakkan penyertaan rakyat yang lebih meluas serta liputan media yang lebih berimpak.
14:48Terima kasih kerana menonton!

Recommended