00:00Tiga anggota tentera Thailand cedera dalam letupan periuk api pada pagi Sabtu ketika menjalankan operasi rondaan di sepanjang sempadan Thailand, Kemboja.
00:10Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan wilayah tentera kedua Thailand, kejadian berlaku kira-kira 10 pagi waktu tempatan ketika pasukan tentera Thailand sedang meronda dan memasang kawat duri bagi memperkukuh kawalan keselamatan sempadan.
00:23Menurut tentera Thailand, semua askar yang cedera segera dipindahkan dan dibawa ke hospital tempatan untuk menerima rawatan.
00:32Terdahulu pertempuran bersenjata tercetus pada 24 Julai antara tentera Kemboja dan Thailand di sepanjang sempadan yang dipertikaikan.
00:42Kedua-dua pihak saling menuduh melanggar undang-undang antarabangsa.
00:45Pada 7 Ogos, Kemboja dan Thailand mencapai kata sepakat mengenai butiran gencatan senjata dan menandatangani perjanjian pada Mesyuarat Luar Biasa Jawatan Kuasa Sempadan Arm, GBC, yang diadakan di Malaysia.
01:00Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengekalkan penempatan tentera sedia ada dan tidak menambah kekuatan pasukan di sepanjang sempadan.