00:00Penduduk kampung Pingtou di selatan China berdepan banjir terburuk dalam tempoh 100 tahun yang menenggelamkan jalan utama ke Guangdong.
00:09Hujan lebat awal minggu ini telah meruntuhkan sekurang-kurangnya 4 rumah manakala puluhan ribu penduduk dipindahkan di seluruh wilayah itu.
00:19Menurut Prof. Emeritus Universiti Bandar Hong Kong, Johnny Chan, fenomena cuaca melampau dengan perubahan iklim
00:26menyebabkan sebagian kawasan menjadi lebih lembab dan sebagian lain lebih kering.
00:31In the rural areas, obviously for agriculture, then it will flood all the fields and therefore it will cause a lot of economic damage.
00:40And then in the mountainous areas, as I said, then you will have flash floods which then will cause flooding and lots of damage to the riverbanks which then will cause flooding in the plain areas.
00:56So, heavy rain is one of the biggest problems when we talk about climate change.
01:03Sementara itu, seorang penduduk dikenali sebagai Zong berkata banjir tidak pernah memasuki rumah dua tingkat miliknya sebelum ini,
01:11namun kali ini ia melimpah masuk dan merosakkan banyak perabot.
01:15Tanda air pada dinding rumahnya mencecah lebih satu meter dan rekod menunjukkan 622.6mm hujan turun di Guangzhou minggu lalu hampir tiga kali ganda purata bulanan bagi Ogos.
01:29Setakat ini, tujuh orang disahkan terkorban.
01:32Penduduk Ping Tau mendakwa tiada amaran banjir dikeluarkan menyebabkan mereka tidak sempat bersiap sedia.
01:37Terima kasih telah menonton!