• 1 year ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni Amir Raja Lawak di Kota Bharu, menyampaikan sumbangan dan bertanya khabar ayahnya yang sedang sakit pada Sabtu.
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu meluangkan masa menyantuni Muhammad Amirullah Azmi atau lebih dikenali sebagai Amir Raja Lawak
00:07di premis perniagaannya berhampiran Stadium Sultan Muhammad keempat, Kota Baru.
00:12Anwar diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Muhammad Nasruddin Daud meluangkan masa selama setengah cam
00:17beramah mesra dengan pelawak popular berusia 36 tahun itu.
00:21Semasa pertemuan itu, Perdana Menteri turut bertanyakan keadaan ayah Amir yang sedang menerima rawatan kanser usus di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Keryan.
00:34Anwar dan Muhammad Nasruddin turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada pelawak berkenaan.
00:39Kunjungan tersebut adalah susulan hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Amir pada Khamis yang menyatakan hasratnya untuk bertemu pemimpin nombor satu negara itu.
00:51Terima kasih telah menonton!

Recommended