• 1 year ago
Sebanyak 511,006 kemasukan direkodkan melalui UPUOnline bagi program prasiswazah di UA, dengan 97.26% pelajar tempatan, menepis dakwaan isu kuota dan yuran pelajar asing.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kemasukan pelajar asing ke Universiti Awam tidak menjejaskan dan menutup peluang pelajar tempatan untuk melanjutkan pengajian.
00:08Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zamri Abdul Qadir berkata, ketika ini seramai 497,000 20 penuntut praasiswazah di Universiti Awam merupakan warga tempatan.
00:20Katanya hanya 2.74% atau 13,986 merupakan pelajar bukan warga negara dan rekod itu membuktikan kota pelajar tempatan tidak diambil untuk diberikan kepada pelajar luar.
00:38Secara umumnya, 497,000 adalah pelajar-pelajar Malaysia, manakala pelajar luar yang datang untuk pelajar dalam kursus.
00:50Kursus, berbagai kursus, di pelbagai universiti, di dalam IPTA kita, IPTA, iaitu seramai, ada 13,000 saja lah kot.
01:02Maksud ini pecahkan, mungkin universiti itu ada 100 orang, universiti itu mungkin ada 500, bergantung kepada kursus-kursus yang ditawarkan.
01:09Dan ini saya menolak juga apa yang dihebahkan, kononnya mereka datang semua hanya buat kursus perubatan saja dan kononnya anak-anak Malaysia tak dapat nak buat ini.
01:22Jadi janganlah buat begitu, ceklah betul-betul atau tidak tuduhan-tuduhan yang dilemparkan.
01:28Beliau berkata demikian selepas merasmikan kompleks akademia di Universiti Malaysia Terengganu pada Ahad.
01:36Zamri turut menepis dakwaan kononnya yuran pengajian pelajar asing lebih murah berbanding pelajar tempatan.
01:42Terdahulu Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Xiong mendakwa, kononnya berlaku lambakan pelajar Cina di beberapa universiti awam, termasuk bagi program asasi.
01:52Sementara itu, Zamri berkata kementeriannya akan mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah bekalan air bersih yang membelenggu penuntut beberapa institusi pendidikan tinggi awam.
02:03Katanya berhubung masalah air di Politeknik Kota Baru, Kelantan, pihaknya masih menunggu laporan penuh berhubung perkara itu.
02:12Selama ini kita dengar di Sabah dan begitu juga kita tidak mengecualikan di tempat-tempat lain.
02:17Kalau sekiranya ada masalah-masalah yang terdapat sama ada di universiti atau di Politeknik, mereka akan maklumkan kepada kita untuk kita cari jalan macam mana kita dapatkan usulsaikan.
02:28Sama ada masalah itu, ada kaitan dengan sistem yang ada di universiti atau di Politeknik yang berkenaan ataupun disebabkan oleh bekalan air yang tidak cukup dan disediakan seperti yang kita sedia maklum.
02:39Sebelum ini, tulah di laman sosial sebuah video menunjukkan air berwarna kehitaman berlaku di sebuah Politeknik.
02:48Menerusi video tersebut, keadaan berkenaan telah berlaku sejak lebih seminggu lalu.

Recommended