00:00Pertubuhan Bukan Kerajaan Cinta Siria Malaysia atau CSM kini beroperasi dengan identiti baru iaitu Cinta Salam Malaysia.
00:10Ketua Pegawai Exeggatif CSM Muhammad Musa Al-Nuwairi berkata penjenamaan ini bertujuan memperluas bantuan kepada pelarian dan komuniti rentan di seluruh dunia tidak terhad kepada pelarian Syria.
00:25Menurutnya, penjenamaan ini bukan sekadar pertukaran nama, sebaliknya mencerminkan hal itu yang lebih inklusif, strategik dan kesan jangka panjang.
00:39Istilah salam dalam jenama baharu ini melambangkan keamanan dalam kekacauan, peradaban dalam kehancuran serta penghubung kasih antara penderma dan penerima.
00:50Skop bantuan kini merangkumi pelarian dari pelbagai negara konflik selain komuniti miskin tepatan, menggunakan pendekatan berasaskan data dan kolaborasi pelbagai pihak.
01:03CSM terus mengumumkan penubuhan lembaga penasihat dan panel pakar rujukan global strategik.
01:08CSM juga merancang membuka cawangan rasmi di Syria bagi menguruskan bantuan secara terus, mempercepatkan tindak balas kecemasan serta membangunkan kapasiti tenaga kerja tempatan.
01:20Terima kasih telah menonton!