• 1 year ago
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerima memorandum daripada aktivis yang menuntut keadilan atas kematian pelajar Sabah, Zara Qairina Mahathir.
Transcript
00:00Menteri Pendidikan Fadlina Siddiq sahkan menerima memorandum daripada sekumpulan aktivis yang menuntut keadilan berhubung kematian pelajar dari Sabah Zara Kairina Mahathir serta usaha menangani isu buli.
00:14Fadlina dalam catatan di Facebook berkata tuntutan dikemukakan wakil aktivis pelajar itu kepadanya dalam pertemuan di bangunan parlimen pada petang selasa.
00:22Empat tuntutan itu ialah melaksanakan reformasi menyeluruh terhadap sistem pendidikan khususnya isu buli dan mengadakan sesi libat-urus dengan masyarakat bagi membentuk SOP jelas terhadap kes buli.
00:36Tuntutan ketiga ialah latihan mandatori berkala kepada guru, pentadbir dan waden mengenai intervensi krisis serta tatacara penggandalian aduan yang berpihak kepada mangsa.
00:47Sementara yang terakhir memberikan penjelasan terbuka kepada masyarakat mengenai isu ini khususnya tindakan yang telah diambil oleh pihak sekolah.
00:57Sehubungan itu Fadlina menjelaskan pihaknya telah mengumumkan beberapa langkah penting dalam usaha meningkatkan keselamatan di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.
01:07Ini termasuk melakukan audit keselamatan, menambah baik sistem aduan buli, menubuhkan jawatan kuasa reformasi keselamatan, mengambil tindakan tegas gantung dan buang sekolah bagi salah laku buli.
01:21KPM juga katanya memastikan aspek sokongan psikosocial terus diperkukuhkan di setiap peringkat.
01:27Selain itu, KPM bersetuju dengan cadangan melaksanakan sesi libat urus dengan semua pemegang taruh bagi memberi pencerahan berkenaan garis panduan menengani salah laku buli.
01:39Tambahnya, Kementerian memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang dilaksanakan dan sebarang perkembangan berkenaan.
01:45Kes ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa pihak polis.

Recommended