00:00Tiada sungai di seluruh negara tersenarai dalam kategori 5 iaitu sangat tercema pada tahun 2024, laporan Jabatan Alam Sekitar.
00:10Selain itu, sejumlah 27 sungai dikategorikan tercema manakala 170 sungai memasuki kategori sederhana tercema.
00:18Manakala 475 daripada 672 sungai utama di seluruh negara dikenalpasti dalam kategori bersih.
00:26Alhamdulillah ada peningkatan. Nampaknya sungai kesuhan, sungai negara kita tak ada yang dalam tahap kategori 5.
00:355 ini memang dah teruk sangatlah. Jadi ada peningkatan tapi ada 6 sungai yang perlu kita beri perhatian supaya kita dapat keluarkan daripada tahap 3 supaya boleh pergi ke tahap sederhana.
00:53Itu yang berdasarkan apa yang dilaporkan oleh JAS tadi.
00:58Perkembangan ini dikongsikan dalam mesyuarat jawatan kuasa khas menangani kemerosotan kualiti air sungai kebangsaan yang dipengerusikan Fadilah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air di Kuala Lumpur pada Khamis.
01:11Selain itu, persetujuan dicapai untuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyelaras bengkel bagi memastikan setiap longkang dan sistem perparitan dilengkapi tapisan supaya pencemaran tidak terus memasuki sungai.
01:26Jelas Fadilah pelbagai teknologi tapisan akan dimanfaatkan supaya air sungai selamat untuk riadah dan rekreasi serta bagi kegunaan harian rakyat seperti minuman dan makanan.